Kepentingan menambah protein dalam diet Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Kepentingan menambah protein dalam diet




Makanan berasaskan protein sentiasa menjadi keutamaan dalam hidangan harian kerana ia sebahagian keperluan penting diet sihat.


Pengambilan protein dengan jumlah dan jenis yang betul bersama karbohidrat serta lemak seimbang boleh membantu menurunkan serta menjaga berat badan secara sihat.


Protein adalah satu daripada tiga jenis makronutrien dalam pemakanan, selain lemak dan karbohidrat.


Ia diperbuat daripada 20 jenis asid amino yang bergabung bersama dalam pelbagai kombinasi untuk membentuk pelbagai jenis protein seperti enzim, hormon, antibodi, hemoglobin dan sebagainya.


Protein juga bermanfaat untuk pengurusan berat badan yang sihat.


Bagi menggalakkan penurunan berat badan, adalah penting untuk kita memerhatikan jenis dan kualiti protein diambil.


Kualiti protein boleh ditentukan oleh komposisi asid amino dalam protein dan jenis sumber protein.


Protein dapat mengurangkan rasa lapar, menambah baik kawalan selera makan, meningkatkan kekenyangan dan membantu agar tidak makan berlebihan.


Banyak kajian menunjukkan pengambilan makanan keseluruhan seseorang menjadi kurang apabila mereka menambah protein di dalam diet.


Tambahan, peningkatan pengambilan protein boleh mengurangkan rasa 'mengidam' dan pengambilan snek pada waktu malam.


Pengambilan protein juga meningkatkan metabolisme dan membakar lebih kalori.


Protein mempunyai kesan termik makanan (thermic effect of food) tertinggi iaitu 20 hingga 30 peratus berbanding karbohidrat, sebanyak lima hingga 10 peratus dan lemak iaitu sifar hingga tiga peratus.


Kesan termik makanan merujuk kepada peratus kalori yang digunakan untuk menghadam dan memetabolismakan makanan. Kesan termik makanan yang lebih tinggi bermakna kalori daripada protein dibakar dengan lebih cekap.


Oleh kerana kesan termik yang lebih tinggi dan faktor lain, pengambilan protein mencukupi juga meningkatkan metabolisme keseluruhan serta jumlah kalori dibakar tubuh.


Kajian menunjukkan diet tinggi protein membantu membakar 80 hingga 100 kalori tambahan setiap hari. Maka, pengambilan protein secukupnya membantu individu membakar lebih banyak kalori dan menurunkan berat badan.


Kebaikan lain pengambilan protein ialah mencegah penyusutan otot dan kemerosotan metabolisme.


Apabila berat badan turun, biasanya kita turut kehilangan sebahagian jisim otot. Ia menyebabkan kadar metabolisme menurun.


Apa yang diperlukan ialah mengurangkan lemak badan dan bukannya jisim otot. Mengambil protein secukupnya boleh membantu membina otot, mencegah penyusutan otot serta meningkatkan metabolisme, walaupun ketika berat badan menurun terutama apabila digabungkan dengan senaman latihan kekuatan.


Selain itu, pengambilan protein dapat mengurangkan tekanan.


Tekanan yang meningkat dan berpanjangan boleh menjejaskan tidur, paras gula dalam darah, hormon serta menyebabkan makan secara beremosi yang boleh menyebabkan peningkatan berat badan.


Pengambilan makanan kaya protein adalah penting untuk menghasilkan neurotransmiter seperti dopamin dan serotonin yang boleh menambah baik perasaan, mengurangkan tekanan dan mencegah kemurungan.


Diet kaya protein juga membantu mengurangkan rasa mengidam pada makanan bergula yang boleh mencetuskan keresahan dan kemurungan apabila diambil berlebihan.


Bukan itu sahaja, pengambilan protein ialah mengawal gula dalam darah daripada meningkat.


Hanya mengambil karbohidrat boleh menyebabkan gula dalam darah meningkat tinggi. Jika paras gula dalam darah sering tinggi, terdapat kemungkinan seseorang mendapat rintangan insulin, lalu menyebabkan gula kurang diserap oleh tubuh.


Oleh itu, individu akan mempunyai paras insulin lebih tinggi dalam darah. Faktor ini boleh menghalang lemak dalam tisu adipos daripada digunakan sebagai sumber tenaga.


Sajian yang mengandungi protein dan lemak boleh mencegah gula darah daripada naik mendadak.


Menyentuh cara mendapatkan pengambilan protein secukupnya, langkah pertama ialah, seseorang itu perlu mengetahui berapa banyak protein yang perlu diambil.


Saranan pengambilan protein harian berbeza bergantung kepada umur, jantina, keaktifan dan faktor lain.


Bagaimanapun, ada perkara perlu diberi perhatian sebelum mengambil protein.


Protein tumbuhan mungkin tidak mengandungi sesetengah asid amino.


Selain daripada pengambilan protein, perlu juga menumpukan kepada diet seimbang yang mengandungi kesemua kumpulan makanan dan kaedah penyediaan makanan yang lebih sihat sebagai cara menurunkan berat badan.


Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI.





Sumber: 1 


Ulasan

Catatan Popular