5 Makanan Tinggi Protein untuk Memperkuat Sistem Imun Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

5 Makanan Tinggi Protein untuk Memperkuat Sistem Imun




Manfaat protein tidak hanya baik untuk otot saja, tapi juga boleh memperkuat sistem imun tubuh. Keperluan protein untuk tubuh boleh dipenuhi dengan mengambil makanan tinggi protein, baik dari haiwan ataupun tumbuhan.


Protein dikenali sebagai nutrisi yang penting untuk kekuatan otot serta membantu menurunkan berat badan. Namun, bukan hanya itu saja manfaat protein. Nutrisi yang satu ini juga membantu memperkuat sistem pertahanan tubuh. 


Protein memainkan peranan penting dalam memberi kekuatan pada sel T tubuh, salah satu jenis sel darah putih yang melawan infeksi, baik bakteria mahupun virus, yang menjadi penyebab penyakit.


Bila kita kekurangan protein, kita akan menjadi lebih lemah dan mudah terkena penyakit. Oleh kerana itu, penting untuk mengambil makanan tinggi protein agar daya tahan tubuh tetap kuat.


Pilihan Makanan Tinggi Protein


1. Daging


Daging lembu, ayam dan itik merupakan sumber protein yang baik. Daging lembu tanpa lemak mengandungi protein yang tinggi dan juga kaya akan nutrisi lainnya, seperti zat besi, vitamin B12 dan B6. Sementara dada ayam juga merupakan pilihan yang baik untuk menambah protein.


2. Seafood


Selain daging, makanan tinggi protein lainnya adalah seafood. Ikan, udang, lobster, kerang, dan tiram, semuanya kaya akan protein dan juga boleh memberikan vitamin dan mineral penting lainnya.


3. Telur


Pengambilan putih telur saja memang boleh memberi protein murni. Namun, pengambilan yang termasuk kuning telur boleh memberi lebih banyak nutrisi untuk tubuh.


4. Tempe


Makanan ini merupakan salah satu sumber protein jenis tumbuhan yang terbaik. Dalam satu pengambilan tempe (85 gram), terdapat kandungan protein sebanyak 16 gram.


5. Tauhu


Meski kandungan proteinnya tidak sebanyak tempe, tauhu tetap termasuk makanan tinggi protein. Pengambilan tauhu (85 gram) boleh membekalkan kita sebanyak 8 gram protein dan juga nutrisi penting lainnya, seperti zat besi dan kalium.


Konklusi


Untuk memperkuat sistem imun, orang dewasa dianjurkan untuk mengambil sekitar 55-80 gram protein setiap hari.


Jaga lah kesihatan diri anda supaya dapat beramal dengan lebih sempurna.

Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI sekarang.





Sumber: 1 


Ulasan

Catatan Popular