Makan dan Minum Ikut Cara Nabi Untuk Kekal Sejahtera Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Makan dan Minum Ikut Cara Nabi Untuk Kekal Sejahtera

Rasulullah SAW mengajar bukan sahaja setakat memilih makanan tetapi juga cara dan adab makan serta minum.


Salah satu kenikmatan dunia adalah makanan yang lazat. Namun, itu bukan bermakna kita boleh makan apa sahaja. Pemakanan yang tidak sihat atau tidak terkawal hanya akan mengundang kemudaratan kepada tubuh badan.


Amalan pemakanan yang tidak baik terbukti boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kerosakan buah pinggang dan kanser.


Dalam satu persidangan kesihatan, satu kajian yang dibentangkan menyatakan, salah satu penyebab manusia menghidap penyakit kronik pada zaman ini adalah budaya makan lewat malam.


Sebelum tidur, masih mengambil makanan berat seperti nasi. Makanan itu tidak sempat hadam kerana secara purata, tempoh minimum untuk makanan dihadam adalah dua jam.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih memudaratkan dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri beribadat). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian, satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk bernafas.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)


Nabi Muhammad SAW adalah manusia teladan yang membawa integriti Islam dengan menyentuh seluruh aspek kehidupan. Teladan baginda ini berkaitan dengan pelbagai perkara termasuklah pemakanan. 


Rasulullah SAW mengajar bukan sahaja setakat memilih makanan tetapi juga cara dan adab makan serta minum. 





Antara adab makan dan minum yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang patut kita contohi:


Mencuci tangan sebelum makan


Membasuh tangan sebelum makan dapat membersihkan segala kotoran yang ada pada tangan dan seterusnya dapat mengelakkan penyakit.


Membaca basmalah dan doa sebelum makan


Memulakan makan dengan doa akan mendatangkan berkat.


Makanan yang berkat akan memberi tenaga dan tenaga yang berkat ini akan digunakan untuk kesihatan diri dan kebajikan.


Makan dengan tiga jari tangan kanan


Menggunakan tiga jari kanan mengecilkan saiz suapan dan seterusnya makanan dapat dikunyah dengan sempurna.


Menurut satu  artikel yang diterbitkan dalam Media Indonesia pada Oktober 2010, makan menggunakan tangan terbukti lebih menyihatkan kerana jari akan mengeluarkan enzim yang dapat mengawal aktiviti bakteria sehingga ke tahap minima dalam sistem pencernaan.


Ini mampu menghindarkan penyakit yang disebabkan oleh perut.  


Duduk dengan baik, tegap dan tidak bersandar


Posisi ini memudahkan makanan turun serta dihadam dengan sempurna.


Bersikap sederhana dan tidak berlebihan ketika makan


Rasulullah SAW tidak pernah makan hingga terlalu kenyang, tidak makan lagi sesudah kenyang dan tidak makan melebihi sepertiga perut kerana sepertiga lainnya adalah untuk minuman dan udara (nafas). Dengan erti lain Rasulullah SAW makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.


Mulai makan dari hidangan atau bahagian yang terdekat dengan kita


Selain kelihatan lebih sopan, tenang dan tidak rakus, tindakan ini juga boleh memudahkan kita memperolehi keberkatan makanan tersebut.


Tidak mencela atau mencemuh makanan yang tidak disukai


Jika Rasulullah SAW tidak berselera, baginda akan meninggalkan makanan tanpa mencela makanan tersebut.


Cacian terhadap makanan boleh mengurangkan keberkatan yang Allah SWT berikan dalam makanan tersebut dan memberi kesan negatif terhadap kesihatan tubuh sekiranya makanan tersebut dimakan.


Menjilat makanan yang tersisa di jari-jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah) ketika suapan terakhir


Penemuan kesihatan moden menunjukkan bahawa dengan menjilat jari setelah selesai makan, jari akan mengeluarkan enzim yang sangat membantu kelancaran proses pencernaan.


Konklusi


Begitulah cara-cara yang sepatutnya menjadi ikutan dari segi pemakanan agar kita dapat menjaga kesihatan kita. Ini kerana pemakanan amat lah penting dan memberi kesan kepada tubuh badan kita, oleh itu jangan lah kita tidak mengambil peduli tentang cara pemakanan yang berhikmah.


Jangan lepaskan peluang juga untuk mendapatkan Sacha Inchi Oil GNI sebagai rakan dalam perjalanan menjaga kesihatan diri anda.

  




Sumber: 1

Ulasan

Catatan Popular