Konsep Pemakanan Menurut Islam Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Konsep Pemakanan Menurut Islam

Islam amat mementingkan kesihatan seseorang daripada segi jasmani mahupun rohani. Kesihatan merujuk kepada kesihatan rohani, akli, psikologi dan juga jasmani di mana ia saling berhubungkait dan bersatu padu secara menyeluruh.


Dalam pada manusia merangka kerja seharian, kadang kala mengabaikan kepentingan kesihatan diri sendiri. Gabung jalin antara kesihatan jasmani, rohani dan kemasyarakatan amat penting demi menjaga keselamatan dan kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat.


Islam menganjurkan supaya umatnya juga menjaga kebersihan untuk kesihatan diri dan melahirkan ummah yang sihat dan mampu melawan penyakit berjangkit.


Di dalam Al Quran banyak mengajar manusia tentang tabiat makan yang sihat dan pemakanan yang baik. Panduan tersebut bukan sekadar bertujuan untuk mengekalkan kesihatan jasmani manusia malah juga kesihatan rohani. Tumbesaran manusia mestilah seimbang dengan antara rohani dan jasmani.


Jika seseorang hanya tertumpu kepada menekankan diet dan pemakanan tanpa menghiraukan pengabdian diri kepada Allah, juga boleh mengakibatkan dirinya lemah kerana iman dan jiwa yang kosong.


Namun sebaliknya berlaku jika seseorang hanya sibuk menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah dan menghambakan diri kepada Allah tetapi mengabaikan keperluan tubuh badan, natijahnya juga sama iaitu menyebabkan mereka ditimpa sakit dan lemah yang membawa kepada kesukaran untuk mentaati perintah Allah. Justeru, sudah termaktub dalam Al-Quran untuk menyeimbangi kedua-dua ciri tersebut.


Terdapat juga dalam Al Quran memperincikan secara khusus tentang keistimewaan sesetengah jenis makanan.





Antara makanan yang telah dianjurkan dalam Al Quran termasuklah susu, kurma, anggur, madu, jagung, bijirin dan buah zaitun yang mempunyai khasiat pemakanan yang baik untuk kitaran hidup manusia.


Al Quran juga tidak dihadkan hanya menerangkan makanan yang halal dan haram sahaja malah lebih meluas dengan menyentuh tentang panduan berguna berkenaan hidangan yang seimbang di mana ia merangkumi semua zat yang berguna untuk pertumbuhan badan, memperbaiki tisu- tisu tubuh, memperkuatkan tubuh dan mengelakkan daripada penyakit berjangkit.


Dalam Islam, makanan seimbang merujuk kepada makanan untuk jasmani dan rohani. Makanan untuk rohani ialah ilmu yang membawa manfaat, iman dan amal ibadat yang diusahakan demi Allah manakala makanan untuk jasmani pula meliputi makanan yang telah diutarakan melalui pendekatan sains dan tertakluk kepada prinsip- prinsip syariah dan mendapat keberkatan daripada Allah.


Perlu diingatkan bahawa pengambilan makanan yang berlebihan bukan sahaja menyebabkan berlakunya penambahan berat badan malah merupakan satu tanda awal rangsangan kepada permulaan pelbagai penyakit.


Dari sudut rohani, makan dengan cara berlebihan pula menyebabkan hati kita lebih sukar untuk menerima perkara- perkara yang baik yang boleh melemahkan daya fikir manusia. Oleh sebab itu, makanan yang dimakan perlu diberi perhatian dari segi khasiatnya dan berapa besar hidangannya.


Bagi seseorang Muslim, mengambil makanan adalah untuk meneruskan kehidupan dan bukanlah hidup untuk makan. Oleh yang demikian, makanan yang baik bukan sahaja mengambil kira kandungan zat yang ada dalam makanan tersebut tetapi juga dari segi bersih dan halal turut perlu diberi penekanan. 


Kita perlu melaksanakan amalan yang telah ditunjukkan oleh Junjungan kita Nabi Muhammad yang bersederhana dalam semua perkara.


Pendekatan bersederhana dalam pemakanan ini merupakan suatu langkah pencegahan yang baik untuk kita turuti dalam menjaga kesihatan. Ini kerana pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati.


Konklusi


Syariat Islam sebenarnya adalah lengkap dan tidak membebankan penganutnya, apatah lagi dalam perkara-perkara sunat.


Justeru itu, apa yang telah digariskan oleh Islam cukup lengkap sebagai panduan dalam hidup kita seharian. Bersederhana dalam semua perkara sehinggakan dalam pengambilan makanan pun kita perlu mengamalkan sikap tersebut.


Selain mengamalkan nilai-nilai yang telah dianjurkan dalam Islam, nilai pemakanan dan mutu khasiat makanan yang kita ambil juga perlu diutamakan agar kita mampu menjadi ummah yang sihat dan baik.


Langkah penjagaan kesihatan seperti pengambilan Sacha Inchi Oil GNI yang disahkan halal juga sepatutnya dijadikan usaha dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.





Sumber: 1

Ulasan

Catatan Popular