Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kepentingan Makanan Bersih untuk Tubuh Sihat
Allah mencipta manusia dan Dia sahaja yang mengetahui spesifikasi keperluan manusia termasuk dalam isu makanan. Dalam pemakanan harian, Allah menetapkan garis panduan halal dan haram yang merujuk kepada makanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan.
Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rohani dan fizikal manusia.
Berhubung dengan prinsip makanan halal ini, Allah berfirman maksudnya: "Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik." (Surah al-Baqarah, ayat 168)
Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud: "Diharamkan kamu memakan bangkai binatang, darah yang mengalir, semua bahagian babi, binatang yang disembelih tetapi tidak menyebut nama Allah dan binatang yang mati kerana tercekik, terpukul, terjatuh, ditanduk, binatang yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat disembelih jika masih kuat bernyawa." (Surah al-Maaidah, ayat 3)
Kepentingan makanan halal dapat dilihat melalui sabda Rasulullah yang bermaksud: "Memilih yang halal itu wajib bagi setiap orang Islam kerana setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih utama baginya." (Hadis Riwayat Ahmad)
Kesimpulannya, makanan halal ialah makanan yang bebas daripada sumber najis bermula daripada penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan, pengilangan, pembungkusan dan pengangkutan. Secara ringkasnya makanan halal itu mesti bersih dan selamat untuk dimakan.
Manakala makanan bernajis pula ialah makanan mengandungi mana-mana daripada bahagian babi, haiwan halal, tetapi tidak disembelih dengan betul, bangkai, binatang buas, arak, darah yang mengalir dan makanan atau tumbuh-tumbuhan yang beracun. Oleh yang demikian, makanan yang bernajis ini menjadi tidak halal dimakan oleh umat Islam.
Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Bagaimanapun, di antara keduanya wujud perkara yang tidak jelas hukumnya (syubhah), maka lebih selamat kamu meninggalkannya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari segi hukum menurut perspektif Islam, semua jenis makanan yang ada di atas muka bumi ini adalah halal dimakan kecuali beberapa jenis yang terang-terang diharamkan Allah dan Rasul-Nya.
Berdasarkan prinsip ini, sebenarnya makanan halal itu banyak dan wujud dengan meluas di muka bumi. Bagaimanapun, oleh kerana industri makanan dikuasai orang bukan Islam, maka pengeluaran dan pengedaran makanan tidak halal itu melimpah di pasaran dunia dan menenggelamkan makanan halal.
Bagi kepentingan ekonomi dan keuntungan, maka pengusaha bukan Islam juga mengambil peluang mengeluarkan juga makanan halal bagi memenuhi keperluan umat Islam. Kemajuan pesat teknologi dalam pemprosesan dan pengeluaran makanan menyebabkan makanan halal sentiasa terdedah kepada pencemaran najis secara tidak disedari.
Terdapat pelbagai bentuk pencemaran makanan halal di pasaran, terutama dari sudut kaedah penyediaan makanan halal yang meliputi cara penyembelihan, sumber bahan mentah, sumber ingeridian, pemprosesan, pembungkusan, kebersihan dan keselamatan makanan, pembungkusan, penyimpanan, persekitaran dan sebagainya.
Isu pencemaran makanan halal dengan najis adalah isu sensitif kepada pengguna Islam kerana ia membabitkan kesucian Islam. Ini kerana pihak industri makanan halal di negara ini amat menyedari sensitiviti umat Islam mengenai isu makanan halal.
Oleh sebab itu, bagi menjamin kualiti makanan halal itu pihak industri lebih suka mendapatkan pengesahan halal yang dikeluarkan kerajaan dan tidak sewenang-wenang menggunakan sebarang logo halal.
Umat Islam di negara ini amat beruntung kerana kerajaan terbabit secara langsung dalam usaha meningkatkan kualiti dan pengawalan pencemaran makanan halal. Ini kelebihan dan faktor utama pengeluaran makanan halal negara ini terkenal di seluruh dunia.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) mengamalkan prosedur pemeriksaan halal ketat bagi menentukan pengeluaran makanan halal memenuhi standard halal yang ditetapkan.
Langkah ini amat wajar sebagai usaha menjaga imej Islam dan mengekalkan prestasi keyakinan tinggi umat Islam terhadap produk makanan halal yang dikeluarkan di negara ini.
Jakim, Jain, KPDNHEP dan Kementerian Kesihatan sebagai jentera pengawalan pencemaran makanan halal terus memperhebatkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara meluas dan berterusan untuk menentukan syarikat industri dan pengusaha makanan halal mematuhi piawaian halal yang ditetapkan.
Selain itu, umat Islam seharusnya menyedari bahawa mereka sepatutnya berusaha mengeluar dan membekalkan keperluan makanan halal sendiri. Apabila hal ini menjadi kenyataan, umat Islam tidak perlu lagi menjadi pengguna makanan halal yang diusahakan oleh orang bukan Islam.
Berdasarkan perkembangan pesat mutakhir ini, maka umat Islam sewajarnya berlumba-lumba mengambil kesempatan mengeluarkan produk makanan halal sebagaimana yang dituntut oleh Islam.
Konklusi
Sebagai umat Islam, kita perlulah mengambil berat berkenaan status halal serta kebersihan makanan yang kita ambil kerana ia memberi kesan kepada kehidupan kita.
Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI yang dijamin halal sebagai ikhtiar untuk kesihatan tubuh badan anda.
Sumber: 1
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan