Syawal, Bulan Berlimpah Rezeki Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Syawal, Bulan Berlimpah Rezeki

Bulan Syawal yang jatuh tepat setelah bulan suci Ramadan memiliki banyak keutamaan. Sebagai permulaan selepas habisnya bulan penuh berkah, seorang muslim yang sentiasa konsisten dalam melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan pada bulan Ramadhan, maka akan diberi rezeki yang berlimpah oleh Allah.





Keutamaan Bulan Syawal dalam Ajaran Islam


1. Bulan Kemenangan


Selain bulan Ramadan, bulan Syawal juga dapat disebut sebagai bulan kemenangan kerana menandai berakhirnya ujian melawan hawa nafsu di bulan Ramadan.


Seseorang yang menjalankan puasa Ramadan dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh mengharap redha Allah maka akan merasa kembali dalam keadaan suci sebagaimana bayi yang baru lahir.


Adapun bulan Syawal juga menjadi bulan yang penting dalam sejarah perkembangan Islam. Selain menjadi bulan nikah, di mana Rasulullah mematahkan anggapan kaum jahiliyah bahwa Syawal adalah bulan yang tidak baik dengan menikahi Aisyah RA di bulan Syawal, terjadi banyak peristiwa di bulan ini.


Pada bulan Syawal juga lah berlakunya kejadian  Rasulullah memerangi penduduk Tsaqif setelah hijrah ke Thaif selama 15 malam pada tahun 8 Hijriah.


Rasulullah mendapat begitu banyak ujian dan banyak dari mereka tidak mau memeluk Islam. Namun, atas ketabahan dan rasa sayangnya kepada umatnya, Rasulullah tidak meminta Allah untuk memberikan mereka azab tetapi ingin mereka melahirkan generasi baru yang kelak akan memeluk Islam, tidak menyekutukan Allah, dan menjadi insan yang mulia.


2. Penyempurna Bulan Ramadan


Sebagai penyempurna dari kekurangan amalan-amalan di bulan Ramadan yang barangkali tidak sempurna oleh keburukan-keburukan lain, amalan sunat yang dikerjakan di bulan Syawal dapat menjadi pelengkap, salah satunya adalah puasa Syawal.


Dalam Islam, puasa Syawal hukumnya sunat. Namun, orang yang melaksanakannya (setelah melakukan puasa wajib di bulan Ramadan), maka pahalanya (puasa Ramadan ditambah puasa Syawal) sama dengan berpuasa satu tahun.


Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW,


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْر


Maksud: "Barangsiapa berpuasa Ramadan, kemudian melanjutkannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia seakan berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim, Abu Daud, dan Tizmidzi).


Adapun dalam riwayat Ibnu Majah disebutkan bahwa Allah melipatgandakan pahala seseorang yang berpuasa pada bulan Syawal.


حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ، حَدَّثَنَا بَقِيَّةُ، حَدَّثَنَا صَدَقَةُ بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ الْحَارِثِ الذِّمَارِيُّ، قَالَ سَمِعْتُ أَبَا أَسْمَاءَ الرَّحَبِيَّ، عَنْ ثَوْبَانَ، مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ أَنَّهُ قَالَ ‏"‏ مَنْ صَامَ سِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ كَانَ تَمَامَ السَّنَةِ


Maksud: Seperti dinarasikan dari Thawban, seorang budak yang dibebaskan Rasulullah, Nabi SAW berkata, "Siapa saja yang puasa enam hari setelah Idul Fitri akan berpuasa selama satu tahun tersebut, dengan satu kebaikan dihargai 10 kebaikan serupa."


3. Waktu yang Tepat untuk Mengeratkan Silaturahim


Setelah merayakan hari pertama bulan Syawal dengan ibadah solat Idul Fitri, seorang muslim dapat mengunjungi rumah saudara, tetangga, dan orang-orang terdekat lainnya untuk menjalin silaturahim.


Hal ini adalah tradisi yang telah diajarkan oleh Rasulullah kepada umatnya sebagai bentuk implementasi membangun hubungan sesama manusia (hablumminannas). Sebagai makhluk sosial, manusia perlu saling bersatu dan membantu dalam kebaikan.


Rasulullah bersabda,


تَعْبُدُ اللَّهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصِلُ الرَّحِمَ، ذَرْهَ


Maksud: "Beribadahlah pada Allah SWT dengan sempurna jangan syirik, dirikanlah solat, tunaikan zakat, dan jalinlah silaturahim dengan orang tua dan saudara." (HR Bukhari).


Adapun ketika berjumpa dengan muslim lainnya, hendaknya juga saling meminta maaf dan memaafkan.


Konklusi


Itulah keutamaan-keutamaan dari bulan Syawal yang disebut sebagai bulan berlimpah rezeki. Maksimakan amalan sunat dan juga contohi sikap baik Rasulullah menjadi perkara penting yang harus diterapkan oleh setiap muslim.


Jangan dilupakan keutamaan untuk menjaga kesihatan anda di musim perayaan ini. Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI sekarang.





Sumber: 1

Ulasan

Catatan Popular