Sunnah dan Budaya Sambutan 1 Syawal Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Sunnah dan Budaya Sambutan 1 Syawal




Kebiasaannya adat dan budaya di Malaysia pasti menyambut Syawal dengan memulakan takbir dari rumah ke rumah pada malam raya, membuat rumah terbuka, kunjung-mengunjung sanak-saudara, menziarahi kubur serta pelbagai lagi.


Amalan yang dilakukan oleh rakyat di Malaysia ini sebenarnya boleh dilaksanakan dalam Islam walaupun tidak dituntut namun dengan syarat ianya tidak melanggar hukum syarak yang ditetapkan disisi agama.


Amalan orang Islam di Malaysia ialah melakukan takbir raya rumah ke rumah.


Pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf berkata, Islam tidak menolak amalan budaya dan perkara itu tidak akan hilang walaupun ianya adalah perayaan syariat seperti Aidilfitri yang merupakan tuntutan ibadah.


Kalau budaya kita makan ketupat ke kunjung mengunjung ke, walaupun dalam Islam tidak disebut kunjung mengunjung ketika raya ataupun ada budaya kita ini ziarah kubur pada raya, benda itu bukanlah sesuatu yang disuruh.


Selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariah, ia boleh dilakukan. Sebagai contoh kunjung-mengunjung untuk eratkan silaturrahim boleh dilakukan dalam Islam.


Kita turut disarankan untuk menghidupkan perkara-perkara sunat ketika Hari Raya seperti melakukan takbir raya tanpa henti.


Selain itu, antara sunnah Nabi juga adalah mandi terlebih dahulu, berjalan kaki ke masjid jika dekat, makan sebelum solat Aidilfitri, solat sunat Hari Raya dan memakai pakaian indah untuk menzahirkan kegembiraan menyambut perayaan itu selepas sebulan berpuasa.


Namun, budaya di Malaysia ketika sambutan Syawal seperti bersalam-salaman dengan bukan mahram, membazir ketika rumah terbuka hendaklah diberhentikan.


Budaya kita orang perempuan duduk rumah kadang-kadang atas sebab nak masak. Sunnah Nabi, perempuan pergi juga masjid walaupun tak solat. Jika haid orang perempuan duduk dalam kereta atau luar masjid atas tujuan untuk dengar khutbah dan aminkan doa dari Khatib. Itu nabi suruh tapi kadang-kadang kita terlepas.


Ziarah kubur tidak disunatkan tetapi tidak sehingga hukumnya haram.


Menyentuh soal budaya ziarah ke kubur pada Aidilfitri, perkara itu tidak disunatkan kerana Hari Raya adalah hari bergembiran bukannya meratapi kesedihan.


Hari raya hari bergembira. Tidak disunatkan pada hari raya untuk berkunjung ke kubur. Cuma kita faham ada yang balik kampung setahun sekali jadi silakanlah ziarah. Tidaklah jatuh haram cumanya kena faham raya adalah hari menggembirakan. Jika itu saja masa yang kita ada untuk mennziarah, jadi diharuskan.


Semoga Syawal kali ini,  kita berpeluang meraikan bersama orang tersayang dan melakukan sunnah-sunnah Nabi yang dituntut.


Raikan hari raya anda bersama Sacha Inchi Oil GNI untuk mendapatkan manfaat kesihatan.





Sumber: 1

Ulasan

Catatan Popular