Raikan Syawal Dengan Sihat Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Raikan Syawal Dengan Sihat




Bulan Syawal ialah bulan yang memberikan kegembiraan buat seluruh umat Islam. Pada bulan berkenaan perayaan Aidilfitri disambut oleh umat Islam bagi menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT setelah berjaya menempuh puasa selama sebulan.


Ia bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur (Al-Baqarah, 2:185).“


Kegembiraan yang dibawa oleh bulan Syawal menjadikan ia suatu bulan yang dinanti-nantikan. Seluruh umat Islam tanpa mengira lapisan umur berasa tidak sabar-sabar untuk merayakan Aidilfitri. Pelbagai persiapan dilakukan bagi menyambut bulan ini.


Persiapan dilakukan bagi menyambut kunjungan-kunjungan daripada sanak saudara, teman-teman dan jiran tetangga. Justeru, ada yang melakukan persiapan secara besar-besaran dengan menghias rumah, menyediakan pelbagai juadah dan mempersiapkan persalinan-persalinan istimewa khusus untuk menyambut aidilfitri.


Apabila menyentuh gaya yang sihat dalam sambutan Syawal, antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah berhubung pengambilan makanan sepanjang bulan yang mulia ini. Hal ini kerana bulan Syawal adalah terkenal sebagai bulan yang meriah dengan makanan. Pengambilan makanan sepanjang bulan ini secara berlebihan menjadi isu kesihatan yang serius.


Kebanyakan juadah yang dihidang ketika musim Syawal juga mempunyai jumlah kalori yang tinggi. Pengambilan juadah seumpama ini tanpa kawalan boleh memberi risiko kepada kesihatan seperti menyumbang kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan obesiti. Berlebih-lebihan dalam pengambilan makanan ketika musim perayaan bukanlah gaya yang sihat untuk menyambut Syawal.


Ia lebih baik sekiranya sambutan Syawal dilakukan dengan gaya yang sihat sebagai usaha untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. Tambahan pula, cara pemakanan begitu ditekankan di dalam Islam.


Selain panduan asas yang ditekankan di dalam Islam, terdapat juga beberapa panduan khusus pemakanan secara sihat ketika Syawal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Antara yang ditekankan ialah:

  1. Makan juadah raya dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil

  2. Utamakan makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan

  3. Hadkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak seperti lemang dan rendang

  4. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula seperti kek dan biskut raya

  5. Elakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek

  6. Pilih air kosong berbanding minuman berperisa atau minuman berkabonat


Kita juga boleh memanfaatkan anjuran sunnah berpuasa sunat Syawal sebagai jalan untuk mengekalkan momentum ibadah puasa di samping mengekang nafsu makan.


Selain aspek sambutan Syawal yang sihat secara individu, adalah penting juga bagi penyedia atau penganjur hidangan jamuan Aidilfitri dan rumah terbuka untuk beralih kepada meraikan tetamu-tetamu yang berziarah dengan gaya yang sihat.


Antara perkara yang boleh diusahakan penyedia hidangan Syawal ialah:

  1. Sdiakan makanan dalam saiz hidangan yang kecil

  2. Sediakan air kosong kepada para tetamu

  3. Asingkan gula apabila menghidang minuman seperti teh dan kopi bagi memberi ruang kepada para tetamu menentukan kuantiti gula yang diingini

  4. Perbanyakkan hidangan berunsurkan sayur-sayuran dan buah-buahan ketika menghidangkan juadah utama

  5. Sediakan hidangan yang lebih sihat seperti sup berbanding hidangan yang berlemak

  6. Kurangkan hidangan juadah-juadah berunsur manisan atau yang tinggi dengan kandungan gula


Bulan Ramadan telah menjadi fasa penyucian diri agar kembali kepada fitrah kejadian asal kita iaitu bersih daripada dosa. Secara fizikalnya pula, dengan kebaikan puasa kita juga turut kembali kepada keadaan asal kita iaitu dijadikan sihat dan sempurna tubuh badan oleh Allah SWT.


Kedatangan Syawal dan Aidilfitri tidak sepatutnya menjadi permulaan kepada kita untuk menghentikan perkara-perkara yang telah dipraktikkan pada bulan sebelumnya sehingga merosakkan fitrah yang dikurniakan tersebut. Ia patut diteruskan sebagai tanda kejayaan kita memupuk nilai-nilai baik sepanjang Ramadan.


Nafsu kepada makanan pada bulan Syawal perlulah dikawal secara berterusan sebagaimana yang dilakukan pada bulan Ramadan dengan harapan kita sentiasa sihat untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT sekali gus menjadikan Syawal diraikan dengan gaya yang sihat.


Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI untuk kekal sihat di bulan Syawal ini.





Sumber: 1 


Ulasan

Catatan Popular