Kelebihan Bulan Syawal yang Penuh Makna Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Kelebihan Bulan Syawal yang Penuh Makna

Bulan Syawal merupakan bulan penanda kemenangan bagi umat muslim, khususnya menang setelah satu bulan penuh beribadah khusyuk di bulan Ramadhan. Penanda kemenangan ini diawali dengan Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal. Selain bulan Ramadhan, bulan Syawal juga merupakan salah satu bulan terbaik dalam Islam.


Banyak amal ibadah yang dianjurkan untuk dilaksanakan di bulan Syawal ini. Salah satunya adalah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.





Takbir dan Kembali Fitri


Bulan Syawal adalah bulan kembalinya umat muslim kepada fitrahnya, diampuni semua dosanya setelah melakukan ibadah Ramadhan sebulan penuh. Pada tanggal 1 Syawal, umat muslim kembali makan pagi dan diharamkan untuk berpuasa pada tanggal tersebut.


Datangnya bulan Syawal membawa kemenangan bagi umat muslim yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan, dan menjadi lambang kemenangan dari ‘peperangan’ menentang musuh dalam jiwa yang besar, iaitu hawa nafsu.


Tanggal 1 Syawal seluruh umat muslim di berbagai belahan dunia mengumandangkan takbir. Oleh kerana itu, bulan Syawal merupakan bulan dikumandangkannya takbir oleh seluruh umat Islam secara serentak, paling tidak selama satu malam setelah memasuki tanggal 1 Syawal.


Puasa Syawal


Ada amal ibadah yang sangat dianjurkan dan hukumnya sunat di bulan Syawal yakni puasa Syawal selama 6 hari. Namun, pelaksanaannya tidak boleh di hari 1 Syawal atau pada saat perayaan Hari Raya Aidil Fitri. Sebab, nantinya puasa tersebut akan menjadi haram. 


Meskipun mempunyai hukum sunat, namun terdapat keutamaan puasa syawal bagi siapa saja yang menjalankan. Dikatakan, salah satu keutamaan bulan syawal yang boleh didapatkan adalah pahala seperti berpuasa satu tahun penuh. 


Salah satu hadis yang menyebutkan tentang keutamaan puasa syawal yakni hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah. 


“Barang siapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 (enam) hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti puasa setahun penuh.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah). 


Niat Puasa Syawal dan Tata Caranya


Puasa sunat seperti Puasa 6 Syawal cukup diniatkan dalam hati esok hari akan berpuasa sunat syawal. 


Berikut ini urutan tata cara puasa syawal: 


  • Puasa Sunat Syawal dilakukan selama 6 Hari.

  • Lebih utama dilaksanakan sehari setelah Aidul Fitri, namun tidak mengapa jika diakhir bulan asalkan masih di bulan Syawal .

  • Lebih utama dilakukan secara berurutan, namun tidak mengapa jika dilakukan tidak berurutan.

  • Usahakan untuk menunaikan qadha puasa terlebih dahulu jika memiliki hutang puasa Ramadhan, agar mendapatkan ganjaran puasa Syawal yaitu puasa setahun penuh.

  • Boleh melakukan puasa Syawal pada hari Jumat dan Sabtu.


Bulan Disunatkan Untuk Pernikahan


Bulan Syawal juga dijadikan waktu disunatkan menikah ditujukan untuk menghilangkan kepercayaan orang-orang Arab Jahiliyah yang menganggap bahwa pernikahan di bulan Syawal adalah satu perkara yang tidak baik dan akan berhujung  dengan perceraian. 


Sehingga para orang tua atau wali pada zaman jahiliyah tidak ingin menikahkan anak perempuan mereka begitu juga para wanita tidak mau dinikahi pada bulan tersebut.


Untuk menghilangkan kepercayaan karut tersebut, pernikahan di bulan Syawal pun dijadikan sebagai ibadah, sebagai sunnah Nabi SAW.  


Melanjutkan Istiqamah Ibadah


Meskipun Ramadhan sudah berganti menjadi Syawal, jaga ibadah kita sama seperti saat di Ramadhan. Seperti yang telah disebutkan di atas sebelumnya, bulan Syawal adalah bulan kemenangan. Maka dari itu kita mesti menjaga kemenangan saat Ramadhan di bulan Syawal ini. 


Salah satu untuk menjaga kemenangan tersebut adalah berusaha menjadi peribadi yang lebih baik lagi dari sebelumnya. Melatih menahan diri dari segala hawa dan nafsu dengan puasa sunat di bulan Syawal. 


Bulan Ramadhan juga merupakan bulan yang penuh dengan hikmah dan pembelajaran bagi kita semua. Belajar untuk istiqamah dalam beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Hikmah lainnya yang boleh kita dapatkan adalah bulan mengumpul pahala sehingga di bulan syawal kita boleh meraih kemenangannya. Bila dilaksanakan secara istiqamah, maka kemenangan selanjutnya akan kita rasakan di akhirat kelak. 


Kita juga perlu istiqamah dalam penjagaan kesihatan kita. Amalkan Sacha Inchi Oil GNI dalam rutin harian anda untuk mngekalkan kesihatan anda.





Sumber: 1 

Ulasan

Catatan Popular