Hayati Erti Sambutan Syawal Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Hayati Erti Sambutan Syawal

Sambutan hari raya Aidilfitri yang diraikan selepas sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa yang diwajibkan kepada mereka hendaklah disambut mengikut lunas syarak dan tidak dicampur aduk dengan perkara yang diharamkan oleh Islam.


Selepas istiqamah selama sebulan meningkatkan ibadah demi mencapai status takwa, pastinya kita mahu momentum itu diteruskan dengan memastikan hari raya menandakan kemenangan umat Islam tetapi mempunyai nilai ibadah.


Tidak dinafikan, terdapat dalam kalangan umat Islam hari ini yang mungkin terlalu ghairah ingin menyambut Aidilfitri terlupa menjaga batas bergembira yang ditetapkan. Oleh itu, memahami erti sebenar Syawal penting supaya dapat dirayakan dengan lebih bermakna.


Sambutan berbentuk fizikal perlu seiring dengan konsep sambutan secara rohani bagi mendapat kegembiraan sebenar menyambut hari raya.


Kita disarankan untuk menilai kembali aktiviti yang ingin dilakukan ketika hari raya supaya tidak termasuk perkara boleh mencemarkan kemuliaan serta kesucian Aidilfitri yang simboliknya mengembalikan umat Islam kepada fitrah.


Sepanjang Ramadan kita berpuasa, menunaikan solat sunat tarawih, bertadarus al-Quran serta melakukan amalan sunat lain seperti bersedekah dan membayar zakat untuk mencari keredaan Allah SWT. Maka, 1 Syawal, kita kembali kepada fitrah seperti bayi yang baru dilahirkan.



Kembalikan budaya Islam


Syawal juga adalah hari kemenangan bagi umat Islam kerana berjaya menundukkan nafsu sepanjang Ramadan dan membersihkan daripada dosa yang lalu sekali gus menjadi insan bertakwa.


Bagi menghidupkan semula tradisi Syawal sebagaimana disyariatkan oleh Islam, digalakkan amalan ziarah menziarahi antara sesama keluarga, saudara mara, kaum kerabat, jiran dan sahabat handai.


Kanak-kanak juga perlu dididik mengenai amalan ziarah yang tepat iaitu bukan sekadar berkunjung untuk mendapatkan duit raya semata-mata tetapi mengikut syariat Islam yang menekankan pemberian sedekah kepada orang memerlukan seperti fakir miskin.


Selain itu, sambutan Syawal bukan hanya semata-mata untuk kegembiraan, bahkan lebih utama mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.


Dalam keghairahan menyambut Aidilfitri, perlu diingat jangan sesekali lupa kepada kewajipan terhadap Allah SWT seperti mendirikan solat fardu lima waktu. Moga kegembiraan dan keseronokan pada hari raya akan juga dapat dikecapi pada hari akhirat kelak.


Raya di Makkah sederhana


Banyak perbezaan menyambut Syawal antara masyarakat Arab dan Melayu kerana tumpuan di Tanah Suci lebih menekankan kepada menyempurnakan ibadah.


Di Makkah, suasana Aidilfitri berbeza dengan di Malaysia kerana kemeriahan lebih terasa pada Ramadan. Masjidil Haram terlalu padat dengan jemaah untuk solat sunat Aidilfitri.


Sambutan raya di sana sangat ringkas. Selepas solat sunat hari raya, mereka akan menziarahi keluarga terdekat.


Golongan tua akan memanggil kanak-kanak untuk memberi duit raya yang dimasukkan ke dalam sampul seperti budaya kita.


Mereka akan saling menziarahi tetapi bagi setiap rumah, mereka hanya duduk antara lima hingga 10 minit sahaja.


Amalan sunat hari raya


Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri

Menjamah makanan sebelum keluar

Memperbanyakkan takbir sama ada di rumah atau masjid

Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain

Memakai pakaian terbaik yang ada

Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)

Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim

Bergembira dengan melakukan perkara yang dibenarkan

Melakukan amalan sedekah

Melakukan puasa enam


Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang menghidupkan amalan sunat ketika menyambut hari raya.


Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI dan rasai manfaatnya hari ini.



Sumber: 1

Ulasan

Catatan Popular