MAKAN BERPADA, RAYA BERGAYA Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

MAKAN BERPADA, RAYA BERGAYA

Ramai yang mengimpikan bentuk badan yang menarik, terutamanya menjelang hari-hari istimewa seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Antara kaedah pengurangan berat badan yang dianggap mudah untuk dicapai adalah dengan mengawal pemakanan ketika berpuasa di bulan Ramadan. Tapi kebanyakannya hanya bersungguh-sungguh sebelum tibanya Syawal.


Sepanjang perayaan tersebut, ada yang menikmati juadah berkalori tinggi seperti lemang, rendang, kuah kacang, kuah lodeh dan banyak lagi tanpa mengawal atau menghadkan pengambilan kerana terlalu teruja beraya.


Setiap juadah yang dinikmati boleh mempengaruhi kesihatan tubuh badan kita. Budaya pemakanan tidak sihat bukan sahaja mengancam kesihatan untuk jangka masa pendek, malah untuk jangka masa panjang.





MANFAAT BERPUASA DARI SUDUT KESIHATAN


Hikmah berpuasa boleh dijelaskan dari pelbagai sudut. Kajian mendapati amalan berpuasa secara tidak langsung mempunyai kesan fisiologi dan psikologi terhadap seseorang.


Kesan fisiologi ini termasuklah merendahkan paras gula dalam darah, kolesterol dan tekanan darah sistolik. Puasa juga dapat memberi kesan positif dari sudut psikologi seperti memberi ketenangan minda yang dipercayai disebabkan oleh paras gula dalam darah yang semakin stabil.


RAIKAN SYAWAL SECARA SIHAT


Setelah menyempurnakan rukun Islam ketiga, pasti ramai yang teruja menyambut kedatangan Syawal. Tapi jangan lupa untuk mengamalkan pemakanan yang sihat ketika beraya.


Anda masih boleh menyediakan hidangan yang sihat walaupun menggunakan bahan alternatif tanpa mengubah rasa dan keenakannya.


Contohnya menggantikan santan dengan yogurt dan susu rendah lemak dalam resipi kuah lodeh atau menggantikan minyak sapi dengan minyak kanola untuk resipi Nasi Beriani.


BERSEDERHANALAH KETIKA MAKAN & MINUM


Pastikan anda ‘eat right’ sepanjang masa dan bukan di bulan Ramadan sahaja. Umat Islam dituntut untuk mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan. Sikap bersederhana ini juga seharusnya dipraktikkan dalam “diet raya” anda.


Jangan lupa untuk menyeimbangi pemakanan dengan mengambil sayur-sayuran dan daging tanpa lemak juga. Pastikan nasi, daging berlemak dan makanan manis dikurangkan atau diambil secara sederhana.


Makanlah dalam saiz hidangan yang diperlukan tubuh badan. Pilih pinggan bersaiz kecil bagi memastikan anda tidak mengambil makanan dalam jumlah yang banyak. Walaupun sajian enak terhidang di depan mata, sentiasa beringat untuk mengamalkan konsep suku untuk lauk, suku untuk nasi dan separuh lagi diisi dengan buah-buahan serta sayur-sayuran.


BUAT PERSEDIAAN YANG OPTIMUM


Minum air

Minum lebih banyak air boleh membantu anda berasa kenyang lebih lama dan menghentikan anda daripada makan berlebihan. Elakkan minuman yang tinggi kandungan gula kerana ia hanya akan menambah kalori kosong. Pengambilan air yang mencukupi memastikan badan berfungsi dengan baik seterusnya memperbaiki penampilan diri anda. 


Dapatkan tidur yang mencukupi

Kekurangan tidur boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Kestabilan hormon yang terganggu kerana tidak cukup tidur akan membuatkan anda cenderung berasa lapar dan makan secara berlebihan. Ia nampak remeh tetapi inilah antara punca penyakit obesiti.


Kawal nafsu makan

Suka menjamah makanan yang tidak sihat bila berkelapangan? Cuba sibukkan diri dengan beriadah untuk ‘distract’ diri anda dari terus mengunyah.


Konklusi


Kesimpulannya, pengambilan makanan sebelum mahupun ketika musim perayaan adalah amat penting. Pengambilan makanan tanpa kawalan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan dan memudaratkan badan.


Tak salah untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri dengan menikmati juadah raya yang anda gemari, tetapi ianya haruslah berpada-pada. Fahami bahawa amalan pemakanan sihat bukan sahaja perlu diikuti ketika musim perayaan, malah harus dipraktikkan sepanjang masa.


Anda juga boleh dapatkan Sacha Inchi Oil GNI untuk menjaga kesihatan diri anda.





Sumber: 1

Ulasan

Catatan Popular