KEKAL SIHAT SEMASA AIDILFITRI AMALKAN DIET SUKU-SUKU SEPARUH Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

KEKAL SIHAT SEMASA AIDILFITRI AMALKAN DIET SUKU-SUKU SEPARUH




Apabila tibanya lebaran, pelbagai juadah enak seperti lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, sate dan biskut raya menjadi hidangan wajib ketika meraikan Aidilfitri dan ternyata agak sukar untuk menahan selera dari menikmati juadah yang dihidangkan. 


Sudah pasti ada yang merungut berat badan semakin naik, selera makan bertambah, apatah lagi bermacam-macam juadah disediakan di rumah terbuka menyebabkan kita terleka dalam menjaga kuantiti pengambilan makanan yang seimbang.


Menurut Pegawai Dietetik, Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Nor Syarahani Jusoh, terdapat pelbagai kaedah yang boleh diamalkan untuk memastikan berat badan terkawal dan  pengambilan makanan secara seimbang. 


Antaranya dengan mengamalkan prinsip pinggan sihat Malaysia iaitu suku-suku separuh.


Suku-suku separuh sebenarnya adalah salah satu konsep pemakanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Program Pinggan Sihat Malaysia. 


Konsep ini adalah terjemahan daripada Panduan Diet Malaysia dan Piramid Makanan Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia mengamalkan tabiat makan secara sihat dengan merancang hidangan seharian mereka. 


Konsep suku-suku separuh mudah untuk difahami, iaitu suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti, suku pinggan lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang manakala separuh pinggan diisi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. 


Panduan Diet Malaysia atau 'The Malaysian Dietary Guidelines' (MDG)  diperkenalkan pada tahun 1999, disemak semula pada tahun 2010 dan semakan kedua pada tahun 2020 mempromosikan makan secara sihat dan gaya hidup sihat bagi pencegahan masalah pemakanan termasuk 'Non - Communicable Disease' (NCD) melalui pendidikan. 


NCD adalah penyakit tidak berjangkit yang kronik berkembang secara perlahan-lahan dan berpanjangan atau ia boleh mengakibatkan kematian mengejut seperti sesetengah penyakit strok. 





Ia juga termasuk penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik dan osteoporosis. Selain itu, berat badan berlebihan serta obesiti juga merupakan risiko utama bagi kematian sejagat.


Pinggan Sihat Malaysia telah dihasilkan sebagai alat visual untuk merancang pengambilan makanan bagi setiap hidangan.


Ia menunjukkan jumlah makanan yang perlu dimakan bagi setiap kumpulan makanan tertentu dan tidak perlu takut untuk menikmati juadah hari raya jika kita dapat mengambilnya dalam hidangan suku-suku separuh. 


Dalam usaha menjadikan hidangan suku - suku separuh ini sebagai amalan, mungkin anda boleh mulakan dengan satu langkah yang anda rasa mudah dahulu. Sebagai contoh, jika anda rasa suku pinggan nasi itu adalah sangat sedikit kerana kebiasaan anda makan adalah satu pinggan penuh, anda boleh mulakan dengan menambah sajian sayur-sayuran dahulu.


Kurangkan nasi dan tinggalkan lebih ruang untuk sayur-sayuran berbanding hari biasa, cuba lakukan selama satu hingga dua minggu. Seterusnya, kurangkan lagi jumlah nasi dan tambah jumlah sayur dan teruskan hingga nasi dapat dikurangkan ke suku pinggan. 


Tips utama yang perlu diikuti adalah buat sedikit demi sedikit, tetapi berterusan. Tetapkan matlamat mengapa anda nak ubah gaya pemakanan dan berusaha ke arah yang lebih baik.


Kita sedia maklum kesihatan adalah berpunca daripada pemakanan sihat dan seimbang serta gaya hidup yang sihat dan aktif. 


Kesihatan diri perlu dititikberatkan agar berat badan tidak bertambah secara mendadak dan diri kita terhindar daripada sebarang risiko penyakit yang berbahaya. 


Selain itu, kita boleh ikhtiar dengan mengamalkan supplemen kesihatan yang diiktiraf seperti Sacha Inchi Oil GNI untuk menjaga kesihatan diri kita.





Sumber: 1 


Ulasan

Catatan Popular