Kawal Pemakanan pada Bulan Syawal Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Kawal Pemakanan pada Bulan Syawal

Makan Mengikut Sunnah Nabi


Nabi berpesan supaya berhentilah makan sebelum kenyang.


Nampak mudah nasihat ini tetapi tidak mudah untuk diamalkan.


Bak kata orang, sedang sedap makan, takkan nak berhenti! Lagipun, bulan Syawal hanya sekali dalam setahun. Raikanlah diri sendiri selepas Ramadan.


Macam-macaam ayat indah yang membelenggu fikiran dan hati kita apabila cuba mengurangkan makan.


Memang semua kenyataannya benar, tetapi makan berlebihan selama sebulan boleh memberi kesan buruk kepada kita terutama bagi yang memang sudah menghidap penyakit kronik seperti kencing manis.





Tips Kawal Pemakanan pada Bulan Syawal


  1. Jangan terpedaya dengan kecantikan makanan


Biskut Raya memang cantik dan menarik serta mempunyai rasa yang sangat sedap. Jumlahnya juga banyak dan menawarkan keunikan masing-masing. Kawal diri untuk tidak “terpedaya” memakan terlalu banyak kuih raya dan juadah lain yang berkarbohidrat tinggi.


  1. Jangan makan ketika terlalu lapar 


Ini bukan hanya untuk bulan Syawal tetapi sepatutnya diamalkan setiap masa.

Perut yang terlalu kosong menyebabkan kita makan terlalu banyak dan tidak dapat mengawal jumlah makanan yang diambil dalam satu-satu masa.


  1. Bersenam dan ambil air kosong yang mencukupi


Bersenam sangat penting, tetapi juga antara yang paling liat untuk dilakukan ramai orang. Minum air kosong pula mungkin ramai yang sudah mengamalkannya

sepanjang tahun tetapi di bulan Syawal perlu ditingkatkan pengambilan kerana kecenderungan kita memakanan makanan manis yang lebih pada bulan ini.


  1. Tahu apa yang dimakan dan kira kalori


Seorang wanita misalnya dihadkan pengambilan kalori kepada 1500-1800 sehari. Ambil tahu kandungan kalori dalam setiap makanan yang dimakan dan kira kalorinya dan berhentilah makan apabila kalori sudah mencukupi untuk hari itu.


Sebiji burger misalnya mengandungi 400 kalori dan sebiji kuih raya mengandungi 20 kalori. Sepotong lemang pula mengandungi 100 kalori. Itu belum lagi kira dengan rending ayam. Bayangkan kalau makan lima potong lemang dan satu burger

sudah menghampiri 1000 kalori. Selebihnya hanya ada 500-800 kalori sahaja lagi untuk seorang wanita pada hari yang sama.


Konklusi


Memang usaha mengurangkan makan bukan mudah terutama bagi individu yang suka makan dan mencuba pelbagai resepi baharu. Di bulan Syawal, pelbagai makanan istimewa dihidangkan. Di sinilah semangat dan pengetahuan sama penting dalam memastikan kita kekal bermotivasi untuk kekal sihat.


Lagi satu cara untuk kekal sihat sepanjang bulan Syawal, pastikan anda amalkan Sacha Inchi Oil GNI dan rasai sendiri kesannya.





Sumber: 1 


Ulasan

Catatan Popular