Jangan Makan Sampai Lupa Diri Pada Hari Raya Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Jangan Makan Sampai Lupa Diri Pada Hari Raya




Musim perayaan sinonim de­ngan pelbagai jenis hidangan juadah dan menu makanan ‘berat’ seperti lemang, rendang, ketupat dan biskut.


Memang seronok menikmati makanan yang sedap tidak kira sama ada dimasak sendiri di rumah atau ketika berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.


Harus diakui, agak sukar untuk menolak nafsu menjamah semua jenis menu yang dihidang­kan kerana memang menjadi adat ketika datang beraya apabila tetamu dihidangkan dengan pelbagai menu yang kebanyakannya menambat selera kita.


Tetapi harus diingat, setiap menu yang dihidangkan berkolestrol dan mempunyai kalori tinggi.


Berkongsi tip sebelum mengun­jungi rumah terbuka, pakar dietitian Hospital Pakar KPJ Damansara, Farah Farhanah Hashim berkata, amalkan me­minum air masak yang mencukupi di rumah sebelum keluar beraya.


Tuan rumah juga perlu membudayakan penyediaan air kosong untuk tetamu. Pilih menu signatur yang anda rasakan tidak akan didapati di rumah lain. Pilih pinggan bersaiz kecil untuk meminimumkan pengambilan juadah.


Untuk biskut raya pula, pilih sebiji atau dua sudah memadai. Untuk ketupat, nasi impit dan lemang, pilihlah yang mengan­dungi kalori rendah. Bagi ruang untuk makanan yang dimakan dihadam dengan sempurna; dengan tidak terus baring selepas makan.


Sepatutnya bulan Ramadan menjadi titik tolak atau langkah mula terbaik untuk mengawal pemakanan memandangkan ketika itu kita semua sudah membiasakan diri mengawal makan.


Jadi, jangan pernah mengamalkan sikap suka bertangguh niat untuk berdiet ke­rana bulan Ramadan lalu secara tidak langsung menjadi langkah pertama untuk melakukannya.


Amalan berpuasa pada Ra­madan lalu membentuk corak pemakanan yang lebih sihat dan seimbang.


Manfaat bulan puasa ba­nyak membantu dalam merehatkan sistem penghadaman, mengurangkan ketagihan makanan manis dan menormalisasikan kadar insulin serta membantu mengawal kelaparan.


Pada masa sama, berpada-padalah dalam mengikut trend diet untuk kurus sekali gus jangan mengabaikan kesihatan semata-mata untuk mengejar target terutamanya buat mereka yang terfikir mengambil langkah drastik mahu langsing.


Jalan singkat, kesannya singkat dan sementara.


Dalam penurunan berat badan, kelestarian kelangsungan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang lebih menjanjikan kesan baik untuk jangka masa panjang.


Konklusinya, beraya lah dengan sederhana.


Dan jangan lupa untuk mengambil Sacha Inchi Oil GNI untuk mengawal kesihatan diri anda walaupun sibuk beraya.





Sumber: 1


Ulasan

Catatan Popular