5 Tips Sihat Pada Musim Raya Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

5 Tips Sihat Pada Musim Raya

Makanan merupakan sebahagian penting musim perayaan. Namun demikian, kita mesti mengamalkan kesederhanaan dalam pemakanan kita dan tidak harus melupakan kesihatan badan. Menjelang Bulan Syawal, mari kita amalkan gaya pemakanan dan gaya hidup sihat. Berikut adalah 5 tips pada musim raya ini:





1.       Tingkatkan pengambilan cecair


Air adalah satu keperluan bagi setiap individu. Air penting untuk mengawal suhu badan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Pengambilan air juga dapat kurangkan selera makan. Elakkan pengambilan minuman manis dan berkarbonat.


 


2.       Kurangkan kelajuan mengunyah


Mengunyah makanan secara perlahan penting untuk mengelakkan masalah penghadaman makanan. Amalan mengunyah dengan cepat akan meningkatkan selera makan dan berat badan anda.


 


3.       Amalkan gaya hidup aktif


Senaman dapat mengekalkan kecergasan dan meningkatkan kesihatan badan. Senaman juga penting untuk mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.


 


4.       Pastikan anda mengambil sarapan pagi


Kepentingan sarapan pagi sering diabaikan. Sarapan pagi penting untuk mengawal berat badan dan paras gula darah. Apabila kita tidak mengambil sarapan pagi, selera makan akan meningkat dan pengambilan kalori yang berlebihan akan terjadi.  


 


5.       Awasi pemakanan anda


Jaga pemakanan anda menjelang musim perayaan ini. Jangan makan secara berlebihan. Amalan pemakanan yang sihat dapat kita terapkan dalam kehidupan seharian dengan menambahkan pengambilan makanan yang berkhasiat dan mengurangkan makanan yang memudaratkan kesihatan:


 



Makanan untuk dikurangkan:


  1. Makanan dengan kandungan lemak dan santan yang tinggi. Seperti rendang, laksa dan kari.


  1. Kuih dengan kandungan gula yang tinggi. Contoh: dodol, donut.


  1. Makanan digoreng. Contoh: ayam goreng, pisang goreng, karipap.


  1. Makanan dengan kandungan karbohidrat dan kalori berlebihan. Seperti nasi putih, nasi lemak, roti canai dan roti john.


  1. Minuman bergula, minuman berkarbonat dan minuman dengan pewarna tiruan.


  1. Makanan dengan kandungan garam yang tinggi.


Makanan berkhasiat:


  1. Makanan berserat tinggi. Seperti popiah, sayur dan buah.


  1. Buah-buahan


  1. Ikan dan daging yang tidak berlemak tinggi. Contoh: ikan stim.


  1. Karbohidrat berkalori rendah. Contoh: thosai dan nasi perang.


  1. Air kosong dan jus tanpa tambahan gula dan pewarna.


  1. Makanan kurang kandungan garam seperti Yong Tau foo dan asam laksa.


  1. Makanan tinggi kandungan protein. Contoh: telur rebus.


Dalam kita mengawal pemakanan semasa musim perayaan, jangan dilupa supplement kesihatan untuk memastikan diri anda cergas semasa musim beraya ini. Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI sekrang.



Sumber: 1 

Ulasan

Catatan Popular