Ketenangan Gelombang Minda Ketika Solat Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Ketenangan Gelombang Minda Ketika Solat




Kuasa minda atau tenaga minda mula mendapat perhatian lebih daripada sedekad yang lalu di mana masyarakat mempelajari dan mengamalkan kuasa minda untuk berjaya dalam pelbagai bidang seperti bidang perniagaan, kesihatan serta pendidikan.


Dalam gelombang minda ini, terdapat empat jenis gelombang secara asasnya yang mempunyai peranan dan frekuensi yang berbeza-beza iaitu gelombang Delta, Theta, Alpha dan Beta.


Gelombang Alpha merupakan gelombang yang sangat diingini bagi setiap insan yang tahu tentang ilmu minda. Pada tahap ini, otak kita berada dalam keadaan rehat, tenang serta tidak memikirkan segala perihal masalah yang sebelum ini membelenggu akal fikiran kita.


Bagaimana Mendapatkan Gelombang Alpha?


Gelombang Alpha terhasil sewaktu minda kita berada dalam keadaan separa sedar iaitu pada frekuensi 9Hz hingga 13Hz. Pada keadaan ini kita dapat merasakan ketenangan serta otak kita mampu memberikan banyak manfaat yang dominan.


Sebagai seorang hamba Allah, kita sangat beruntung kerana kita tidak perlu pergi jauh untuk dapat merasakan kehadiran gelombang ini. Gelombang Alpha sebenarnya boleh didapatkan melalui solat.


Banyak kajian telah dilakukan yang menunjukkan bahawa isyarat ketenangan gelombang Alpha pada otak ada pada setiap posisi solat.


Kehadiran gelombang Alpha dalam 17 rakaat sehari boleh menghilangkan keresahan dunia yang menghambat kita kerana sewaktu bersolat, kita meninggalkan segala perihal dunia di belakang kita dengan syarat solat tersebut disertakan dengan kekhusyukan.


Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, otak mengeluarkan frekuensi gelombang Alpha yang agak jelas ketika dalam posisi sujud.


Kekhusyukan Menjemput Ketenangan



Kita bukan sekadar menghadirkan diri kita di dalam solat tetapi kita menyerahkan seluruh jiwa dan raga kita untuk menghadap Allah, Tuhan Maha Pemberi Ketenangan.


Kita menghayati setiap bacaan dalam solat, kita berzikir bertasbih memuji serta kita berdoa dengan tulus yang lahir dari hati.


Setiap perbuatan di dalam solat memerlukan penumpuan dan otak kita kekal fokus mencetuskan gelombang Alpha.


Saat gelombang Alpha terpancar dalam bersolat, saat itulah kita merasakan ketenangan, kita bersungguh-sungguh berdoa memohon setiap apa yang dihajatkan. Segalanya lahir dari hati kita dengan penuh keikhlasan dalam kekhusyukan.


Munajat di Sepertiga Malam


Keheningan di sepertiga malam juga mampu memberikan kedamaian bagi setiap insan yang bangun untuk bersolat menghadap Tuhan. Pada waktu ini Allah yang Maha Tinggi akan turun ke langit dunia untuk memperkenankan segala permintaan hamba-Nya.


Dan pada waktu inilah gelombang Alpha akan membantu kita untuk berdoa dengan ikhlas dari hati kita.


Hebatnya suasana sepertiga malam juga diakui oleh bekas Presiden Starbucks iaitu Michelle Gass. Menurut Entrepreneur.com, Gass bangun seawal 4.30 pagi untuk bersenam serta menyegarkan fikiran dengan menjemput gelombang Alpha.


Gass berjaya menjadi Presiden Starbucks selama 15 tahun dan menjalani kehidupan yang teratur dalam meningkatkan produktiviti serta berjaya mengembangkan perniagaannya.


Sesungguhnya telah dijamin bahawa dalam solat ada ketenangan, dalam solat ada kebahagiaan.


Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI sebagai ikhtiar menjaga kesihatan diri anda agar dapat beribadah dengan lebih selesa.



Sumber: 1 

Ulasan

Catatan Popular