Kelebihan Membaca Al-Quran Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Kelebihan Membaca Al-Quran




Semua tahu Al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh dengan petunjuk dan panduan untuk umat manusia menjalani kehidupan.


Al-Quran telah dibaca sejak berzaman lamanya dan masih suci dan terpelihara sehingga hari ini. Isi di dalamnya tidak pernah berubah dan menampakkan keasliannya.


Sebaik-baik buku itu adalah Al-Quran yang di dalamnya penuh dengan ilmu pengetahuan termasuk berkaitan dengan moral, tingkah laku yang baik, kebaikan, kejadian alam dan lain-lain.


Dengan membaca Al-Quran, inshaAllah akan memberikan ketenangan dan keamanan dalam diri dan fikiran kita.


Al-Quran merupakan kata-kata yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril. Segala suruhan, perintah dan peraturan telah Allah SWT nyatakan dalam Al-Quran supaya hambaNya mengikut segala perintahNya dan menghindari segala laranganNya.


Membaca Al-Quran ini mempunyai banyak faedah dan kelebihannya.


Walaupun hanya sepotong ayat mahupun satu huruf, kita pasti akan diberikan ganjaran yang setimpal.


Dapat Pahala Dan Kebaikan


Dengan mengaji Al-Quran, ia dapat menjadikan suasana dan keadaan di sekitar kita menjadi lebih tenang, aman, damai dan penuh dengan keberkatan. Oleh iu, sesiapa yang mengaji akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda dan akan diberi kebaikan oleh Allah SWT sebagai seorang yang soleh.


Ini terbukti dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).” (Surah Al-Fathir : 29-30)


Diberikan Darjat Yang Lebih Baik


Sambil kita mengaji Al-Quran, kita juga sebenarnya belajar tentang isi kandungnya sekali. Allah sangat menyukai orang yang menuntut ilmu seperti yang tertera di dalam Al-Quran.


Firman Allah SWT bermaksud, “Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Mujadalah : 11)


Dengan mengaji Al-Quran, ia akan membuatkan seseorang itu dilihat seperi bercahaya dan dipenuhi nur. Situasi ini akan membuatkan seseorang itu menjadi lebih disayangi, dihormati, disenangi dan dihargai oleh ramai orang.


Mendapat Rahmat dan Perlindungan Daripada Malaikat


Mengaji Al-Quran dalam keadaan hari yang sabar dan tenang dapat  mendatangkan rahmat daripada Allah SWT. Para malaikat juga akan memberikan perlindungan daripada segala kejahatan yang dapat dilihat mahupun tidak kepada orang-orang yang membaca kitab Al-Quran.


Ini adalah sama seperti kita membaca doa dan meminta perlindungan daripada Allah kerana doa-doa tersebut datangnya daripada ayat-ayat di dalam Al-Quran. Oleh itu, dengan mengaji juga bermakna kita turut berdoa kepada Allah. Segala ayat doa di dalam Al-Quran adalah perkara yang baik-baik.


Contohnya seperti membaca Surah Al-Shaffat ayat 100 yang membawa maksud, “Wahai Tuhanku kurniakanlah untukku anak-anak yang soleh.” Ayat ini boleh digunakan sebagai doa yang boleh diamalkan supaya anak-anak menjadi lembut hati, pintar dan soleh.


Mendapat Syafaat


Mengaji Al-Quran juga akan mendatangkan kebaikan, kemuliaan dan syafaat yang pasti tidak pernah dibayangkan oleh manusia sebelumnya.


Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surat Al-A’raaf : 204)


Membuatkan Hati Tenteram


Allah akan mententeramkan hati sesiapa sahaja yang mengaji Quran. Sesiapa yang selalu ingatkan Allah dan berzikir kepadaNya Allah pasti akan memberikan ketenangan fikiran dan batin kepada mereka. Ia juga dapat meningkatkan rasa cinta terhadap Allah SWT, terhadap semua nabi dan rasul serta para malaikat.


Firman Allah SWT, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra’d : 28)





Agar Selamat Dunia Akhirat


Hati yang ikhlas dalam mengaji Quran dapat menyelamatkan diri dari kejahatan yang dapat dilihat ataupun tidak dapat dilihat. Orang yang membaca Al-Quran ini mendapat perlindungan dari Allah SWT daripada kesengsaraan selama didunia dan akhirat.


Firman Allah bermaksud, “Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami.)” Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.” (Surah Ali Imran : 173 -174)


Sebagai Penyembuh Penyakit Hati


Mengaji Al-Quran sesungguhnya dapat menghalau dan menyembuhkan penyakit hati termasuk hasad dengki, iri hati, memfitnah, mengaibkan orang lain serta berdendam dan lain-lain.


Seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.” (Surah Ali-Imran : 120)


Menambahkan Iman


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” (Surah A-Anfal : 2)


Menurut terjemahan ayat di atas, sesiapa yang membaca Al-Quran, ia akan menambahkan iman dalam diri seseorang itu dan kepada Allah mereka bertawakal ke atas segalanya.


Menjadi Panduan Hidup


Al-Quran sememangnya adalah panduan dan petunjuk kepada segala yang terjadi dalam hidup kita. Sesiapa yang memerlukan jawapan daripada Allah, bacalah Al-Quran kerana pasti kita akan temui jawapan ketika membacanya.


Allah telah berfirman yang bermaksud, “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus” (Surah Ash-Syura : 52)


Konklusi


Banyak kelebihan dan manfaat yang akan kita dapat daripada mengaji Al-Quran. Sememangnya dengan mengaji Al-Quran, kita pasti banyak mendapat ganjarannya di dunia bahkan di akhirat kelak.


Nak kekal sihat agar dapat beribadah dengan lebih selesa?


Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI sekarang!





Sumber: 1 


Ulasan

Catatan Popular