6 Kelebihan Solat Sunat Dhuha Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

6 Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Solat sunat dhuha adalah solat yang ditunaikan setelah naik matahari pada waktu pagi, iaitu sekitar pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari, iaitu sebelum tiba waktu zuhur.





Dalam waktu dhuha ini,  kebanyakan orang berada dalam kesibukan duniawi, ada yang sedang bekerja, melakukan rutin harian dan sebagainya, maka dengan itulah Allah SWT menjanjikan nikmat dan pulangan yang cukup besar bagi sesiapa yang merebut masa ini untuk mendirikan solat sunat dhuha.


Allah bukan sahaja menyayangi sesiapa yang melazimi dhuha, bahkan sentiasa mencukupkan rezekinya dengan berlipat kali ganda. Maka rugilah sesiapa yang sengaja melepaskan keistimewaan ini.


Selain itu, terdapat banyak lagi kelebihan dalam menunaikan solat sunat dhuha, antaranya;





  1. Memberi Kesihatan Yang Baik


Umum sedia tahu bahawa perbuatan solat adalah senaman yang baik untuk menyihatkan tubuh badan manusia. Setiap pergerakan seperti rukuk dan sujud mempunyai fungsi masing-masing, contohnya dapat meregangkan otot.


Lalu jika dengan banyak mendirikan solat sunat juga bermakna telah menambah gerakan senaman secara tidak langsung. Bukan sahaja kesihatan fizikal, solat juga memberi kesihatan kepada mental, iaitu ketenangan jiwa dan fikiran.


  1. Ganjaran Pahala Berlipat Ganda


Pahala dalam menunaikan solat sunat adalah sangat besar, apatah lagi solat sunat yang sangat disukai oleh Allah SWT.  


  1. Menenangkan Hati


Kelebihan solat dhuha setiap hari menjadikan jiwa dan hati anda lebih tenang. Segala kerisauan dan gundah gulana akan hilang, seterusnya menjadikan kehidupan lebih terurus dan tersusun.


  1. Menarik Minda dan Aura Positif


Mereka yang kerap mendirikan solat sunat dhuha lebih positif, bersikap tenang, serta lebih yakin dengan apa-apa yang dijalaninya. Ini kerana apabila mendekatkan diri dengan Allah SWT keyakinannya hanyalah padaNya sahaja, bahkan meletakkan segala sangka baik kepadaNya.


  1. Doa Mudah Dimakbulkan


Doa golongan yang mendirikan solat dhuha mudah dimakbulkan oleh Allah SWT. Jadi berdoalah berseungguh-sungguh kepada Allah SWT agar mengurniakan apa-apa yang dinginkan.


  1. Amalan Paling Mudah Dilakukan


Solat sunat dhuha adalah antara amalan ibadah yang mudah dilakukan tetapi ganjarannya besar. Ini bermaksud solat ini didirikan dengan dua rakaat dan waktunya pada siang hari, berbanding dengan solat di tengah malam yang agak berat dilakukan bagi sesetengah orang.


Itulah kelebihan solat dhuha. Walaupun hanyalah solat sunat tetapi keistimewaan dan ganjarannya sangatlah besar yang akan dapat membantu menambah pahala kebaikan dalam hidup seseorang.


Semoga kita semua lebih melazimi solat dhuha selepas ini serta menghayati kelebihannya.


Nak jalankan ibadah solat dengan lebih selesa?

Dapatkan Sanca Inchi Oil GNI sekarang.





Sumber: 1 






Ulasan

Catatan Popular