Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Faedah-faedah Berpuasa
Selain daripada kewajipan agama ke atas umat Islam pada bulan Ramadan, puasa juga mempunyai banyak manfaat kesihatan.
Daripada pengurusan berat badan yang lebih baik dan penjanaan semula sel darah yang lebih sihat hingga lah ke fungsi jantung dan kesejahteraan vaskular yang lebih baik, berpuasa telah menjadi kaedah utama untuk mengekalkan awet muda, cergas dan sihat.
Faedah yang boleh dibawa oleh puasa:
Menyahtoksin
Menahan diri daripada semua bahan pepejal dan bertahan dengan cecair selama beberapa hari adalah cara terbaik untuk membersihkan badan manusia dan menyahtoksik;-- untuk meningkatkan fungsi organ sambil menggalakkan sistem penghadaman yang bersih.
Mengawal Selera Makan
Dengan membiasakan diri anda menjauhi makan ketika di siang hari, badan anda akhirnya terbiasa untuk tidak berasa lapar sepanjang masa.
Pada bulan Ramadan, ramai daripada kita akan mengalami banyak keinginan semasa berpuasa. Namun, kita tidak akan mampu mengambil banyak makanan ketika berbuka. Ini disebabkan kerana pengurangkan jumlah makanan dalam jangka masa yang lama, membuatkan perut semakin mengecil– menyebabkan kita berasa cepat kenyang. Proses ini juga meningkatkan pengeluaran hormon tiroid dalam badan, meningkatkan metabolisme anda dalam proses tersebut.
Apabila badan kita terbiasa, ia boleh mengurangkan selera makan secara drastik dalam jangka masa panjang.
Meningkatkan Metabolisme
Salah satu hasil puasa yang lebih jelas ialah mengurangkan obesiti.
Berpuasa mendorong enzim hati untuk memecahkan kolesterol dan lemak untuk menukarnya kepada asid hempedu, yang seterusnya, bertukar kepada haba– akhirnya merangsang metabolisme yang lebih cepat.
Sememangnya, puasa juga mengurangkan selera makan yang mengurangkan tahap hormon kelaparan dalam badan.
Pengurangan Berat
Istilah puasa bermaksud menahan diri daripada makan atau minum atau bahkan kedua-duanya pada masa yang sama. Apabila tubuh manusia mengalami proses kelaparan, badan akan menukarkan lemak untuk kepada tenaga.
Jika dilakukan dengan betul, berpuasa boleh menurunan berat badan– terutamanya untuk menurunkan tisu lemak dalam badan, yang membawa kepada struktur fizikal yang lebih baik secara keseluruhan.
Menambahbaik Sistem Imun
Berpuasa menggalakkan penyembuhan dalam tubuh manusia kerana ia memberikan tumpuan kepada sistem imun dan metabolismenya berbanding fokus pada penghadaman.
Sistem imun sebahagian besarnya terdiri daripada sel darah putih dan berpuasa menggalakkan badan anda mengitar semula mana-mana sel darah putih lama yang menghasilkan sistem imun yang lebih sihat.
Badan akan menjana semula sel stem yang terdiri daripada sel darah merah dan putih bersama platelet sebaik sahaja badan mengambil makanan semula.
Kulit Berseri– Anti-penuaan
Dikatakan bahawa berpuasa berpotensi melambatkan proses penuaan, menjadikan anda lebih muda dan cergas lebih lama dan ia juga berpotensi meningkatkan jangka hayat.
Puasa membawa kepada penghasilan tisu dan sel yang dipulihkan dalam tubuh manusia, merendahkan sel yang tidak diperlukan dalam proses tersebut. Ini membolehkan anda menghasilkan kolagen, yang membawa kepada kulit yang lebih sihat dan berseri.
Otak dan Fungsi Kognitif yang Lebih Sihat
Semasa proses berpuasa, darah dalam tubuh manusia dipenuhi dengan lebih banyak endorfin, yang seterusnya, memberikan anda rasa kesejahteraan dan kesihatan mental yang hebat. Kesan keseluruhan puasa mempunyai kesan yang sama pada otak seperti latihan fizikal.
Konklusi
Lakukan ibadah puasa dengan ikhlas, inshaAllah akan mendapat manfaat di dunia dan juga di akhirat.
Nak kan manfaat kesihatan semasa berpuasa?
Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI untuk kesihatan yang lebih baik.
Sumber: 1
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan