Bukti Manfaat Amalan Puasa Sunat Isnin dan Khamis Mengikut Kajian Pakar Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Bukti Manfaat Amalan Puasa Sunat Isnin dan Khamis Mengikut Kajian Pakar

 Mengamalkan diet 5:2, iaitu puasa yang dilakukan secara berselang-seli dianggap amalan paling berkesan berdasarkan kajian oleh penyelidik mengikut pendekatan tradisional untuk menurunkan berat badan.


Menurut ahli psikologi kesihatan bertauliah dan penyelidik kanan di Queen, Katie Myers Smith, mereka turut mendapati bahawa pengguna lebih suka pendekatan ini kerana ia lebih mudah untuk diamalkan.


Ia seiring dengan puasa sunat yang sering menjadi amalan oleh umat Islam setiap Isnin dan Khamis.


Sebagaimana yang kita ketahui, keberkatan pada hari Isnin itu sangat banyak. Ia merupakan hari di mana Nabi Muhammad SAW dilahirkan. Ia juga adalah hari di mana Baginda telah dilantik sebagai rasul dan Allah telah menurunkan Al-Quran kepadanya.







Kajian Pakar


Kajian ini melibatkan 300 individu yang mengalami obesiti di kawasan luar bandar  Tower Hamlets di London.


Para peserta dibahagikan sama ada mengikut diet 5:2 atau pendekatan yang lebih konvensional untuk menurunkan berat badan– yang menekankan pengambilan banyak sayur-sayuran dan makanan bijirin, mengurangkan makanan bergula tinggi dan berlemak, makan dalam kuantiti yang kecil serta amalkan bersenam.


Keputusan kedua-dua pendekatan adalah sama dan “sederhana”.


Dalam tempoh enam bulan, mereka yang menggunakan diet 5:2 telah kehilangan secara purata, 1.8 kilogram berbanding 1.7 kilogram mengikut nasihat diet standard.


Untuk tempoh 12 bulan pula, angka tersebut masing-masing ialah 1.9 kilogram dan 1.8 kilogram.


Kira-kira 18% daripada pengamal diet 5:2 telah kehilangan sekurang-kurangnya 5% berat badan mereka selepas setahun berbanding 15% yang menggunakan pendekatan konvensional.





Peserta yang menjalani diet 5:2 lebih cenderung untuk mengesyorkannya kepada orang lain dan berkata mereka lebih cenderung untuk meneruskan pendekatan itu.


kajian semula yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mencadangkan puasa berselang-seli boleh mengurangkan tekanan darah, membantu dalam penurunan berat badan, dan meningkatkan umur panjang.


Maka jelaslah bahawa amalan yang disunatkan dalam Islam benar-benar memberi manfaat kepada orang ramai berdasarkan kajian oleh pakar tersebut.


Ia bukan sahaja membantu dari segi kesihatan manusia, malah melatih & mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita & kurang bernasib baik.


Nak kekal sihat?


Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI sebagai ikhtiar dalam mengawal kesihatan anda.

 




Sumber: 1

Ulasan

Catatan Popular