5 Jenis Puasa Sunat Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

5 Jenis Puasa Sunat

Puasa sunat merupakan salah satu ibadah yang selalu dilakukan oleh umat Islam untuk mempertingkatkan iman serta menjadi medium mengumpul pahala.


Ada puasa sunat yang berbentuk mingguan (Isnin dan Khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan & puasa tahunan (Hari Arafah, A’syura dan enam hari di bulan Syawal).


Fadhilat ibadah puasa adalah sangat besar.





Orang yang rajin berpuasa akan disediakan satu syurga yang dikhaskan untuk mereka, yang mana syurga tersebut diberi nama Ar-Rayyan. Golongan yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan mereka layak untuk mendapat pelbagai kenikmatan daripada Allah.


Umum mengetahui kelebihan puasa yang sangat besar, oleh itu mereka mula mereka-reka hadis-hadis palsu dan juga saranan untuk melakukan puasa yang mana tidak ada nas dan dalil.


Puasa sunat hanya dianggap sunat apabila terdapatnya nas sama ada daripada al-Quran atau hadis yang menggalakkan puasa sunat tersebut.


Contohnya, adalah masyhur dalam kalangan masyarakat kita untuk berpuasa pada tarikh 27 Rejab sempena Israk Mikraj.


Pelbagai program diatur pada tarikh 27 Rejab bagi mengingati peristiwa bersejarah tersebut. Ia merupakan satu usaha yang murni bagi mengingatkan kembali umat Islam agar mengambil pengajaran daripadanya tetapi hakikatnya puasa pada tarikh tersebut tidak mempunyai apa-apa keistimewaan melainkan ianya jatuh pada hari Isnin atau Khamis.


Antara puasa sunat yang adanya nas dan dalil yang sahih adalah:





1. Puasa Arafah


Iaitu puasa pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat haji. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Qatadah RA katanya, Baginda bersabda:


Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. [HR Muslim 1162]


2. Puasa 6 di bulan Syawal


Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Ayub RA, Rasulullah SAW bersabda:


Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.” [HR Muslim 1164]


3. Puasa pada hari putih setiap bulan


Ia adalah pada hari yang ke-13,14 dan 15 setiap bulan Islam. Pada tarikh ini bulan dalam keadaan mengambang penuh, jadi cahaya bulan akan terang benderang menerangi alam.


Ini berdasarkan hadis, daripada Abu Hurairah RA, katanya:Rasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir sebelum tidur. [HR Bukhari 1124 dan Muslim 721]


4. Puasa Isnin & Khamis


Dalil sunat berpuasa pada kedua-dua hari tersebut ialah hadis, daripada Aisyah R.Anha, katanya: Rasulullah SAW mengambil berat tentang puasa pada hari Isnin dan Khamis. [HR Tirmizi 745]


5. Puasa pada hari Asyura' dan Tasu'aa


Asyura’ adalah hari yang ke-10 bulan Muharam, manakala Tasu’aa’ pula adalah hari yang kesembilan pada bulan tersebut. Ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Abbas RA, katanya:


Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura’ dan Baginda menyuruh puasa pada hari tersebut. [HR Bukhari (1900) dan Muslim (1130)]


Jelaslah beberapa jenis puasa sunat yang sahih dalilnya di dalam sunnah Baginda Nabi dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengetahui asal-usul sesuatu amalan beserta fadhilatnya kerana Baginda Nabi ada bersabda:


Sabda Rasulullah: Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka. [HR Bukhari 107]


Marilah sama-sama kita beramal dengan apa yang telah Allah perintahkan melalui Rasulnya. Berdoalah selalu agar kita diberikan hidayah dan dapat melakukan ibadah di atas jalan yang benar. Semoga Allah memberikan kita segala kebaikan di dunia dan akhirat.


Jangan lupa dapatkan Sacha Inchi Oil GNI sebagai usaha untuk merasai nikmat kesihatan agar dapat menjalankan ibadah puasa dengan lebih baik.





Sumber: 1 


Ulasan

Catatan Popular