5 Hikmah Puasa Sunat Dalam Islam Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

5 Hikmah Puasa Sunat Dalam Islam

Menjalankan sunnah Rasulullah adalah sunat. Hukum dari ibadah sunnah memang tidak sebagaimana hukum melaksanakan ibadah yang wajib. Akan tetapi, sangat bernilai sekiranya sunnah-sunnah ini dapat dilaksanakan dengan baik oleh kita.


Sebagai pengikut Rasulullah SAW, tentu saja kita menginginkan menjadi sebahagian dari ummatnya yang kelak akan mendapatkan keselamatan dunia dan akhirat.


Apa yang dilakukan Rasulullah tentu saja adalah teladan yang baik dan memiliki hikmah jika dijalankan secara konsisten.


Mari kita lihat hikmah puasa sunat agar kita sentiasa bersemangat untuk menjalankannya.





Setiap Perintah Ibadah Memiliki Hikmah


Setiap perintah Allah dan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah tentu saja memiliki hikmah dan manfaat untuk manusia. Bukan hanya sebagai bentuk ibadah kepada Allah, namun juga dapat dirasakan manfaatnya bagi yang menjalankan.


Hal ini kerana Islam adalah agama penerang dan penyelamat manusia. Dengan menjalankannya, maka akan dapat menerangi hidup dan menghindari kesesatan.


Termasuk ketika menjalankan puasa sunnah, maka akan ada manfaat yang dapat kita peroleh.


Hikmah Menjalankan Ibadah Puasa Sunat


Melatih Diri Melawan Hawa Nafsu


Puasa yang dilaksanakan dari subuh hingga azan magrib berkumandang tentu bukan hal mudah jika kita tidak terbiasa menahan diri. Larangan semasa berpuasa seperti makan mengajarkan agar manusia dapat mengawal emosi dan dorongan hawa nafsu. Ia bukan untuk dihilangkan namun dapat dikawal dengan baik agar dapat mencapai tujuan hidup menurut Islam.


Puasa sunat ini dapat melatih kita agar tidak mudah terbawa emosi, amarah, dan juga hawa nafsu yang mendesak. Selain itu, berpuasa sunat juga mengajar kita untuk bersabar dan tidak serta merta terbawa oleh godaan setan.


Mengajarkan Untuk Hidup Sederhana


Dengan berpuasa sunat, kita juga dapat melatih untuk hidup bersederhana. Ketika berpuasa kita tidak banyak untuk membeli makanan atau minuman, dan menahan diri dari segala hal duniawi. Hal ini juga sekaligus mengajarkan kita untuk berempati kepada orang lain yang mungkin hidupnya lebih kurang beruntung daripada kita.


Menjaga Kesihatan





Manfaat dari puasa sunat adalah kesihatan tubuh lebih terjaga dan dapat melakukan detoksifikasi dalam tubuh. Hal ini tentu saja dapat membuat tubuh kita lebih fit dan sihat kerana tubuh kita beristirehat dari segala macam makanan atau minuman yang tidak sihat serta dibatasi agar tidak banyak makan berlebihan.


Beberapa pakar kesihatan juga banyak merekomendasikan orang-orang yang sedang mengalami penyakit tertentu untuk berpuasa. Bagi anda yang sedang berusaha menjaga kesihatan, puasa sunat adalah amalan yang patut anda cuba.


Melatih Diri Istiqomah Beribadah


Ada banyak jenis puasa sunat dan jika dilakukan terus menerus maka hal ini akan menambah keistiqomahan kita dalam beribadah dan juga dalam melaksanakan perintah-perintah Allah yang lain.


Merasai Nikmat Sebagai Umat Rasulullah


Ketika ibadah sunnah ini dijalankan terus menerus dan sebaik-baiknya, maka akan ada manfaat yang terus mengalir yang kita dapatkan. Ia dapat menambah kenikmatan kita menjadi salah seorang daripada umat Nabi Muhammad.


Kita tidak akan pernah merasai nikmat menjadi umat Rasulullah jika kita tidak pernah menjalankannya.


Salah satu perkara yang dapat kita contohi daripada Rasulullah adalah dengan menjaga kesihatan diri kita.


Dapatkan Sacha Inchi Oil GNI sebagai ikhtiar untuk anda menjaga kesihatan diri anda.





Sumber: 1 


Ulasan

Catatan Popular