7 Cara Anda Boleh Menguatkan Jantung Anda Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

7 Cara Anda Boleh Menguatkan Jantung Anda

 Penyakit jantung ialah punca kematian No. 1 di seluruh dunia, dan kebanyakannya boleh dicegah dengan mengubah gaya hidup anda dan menguruskan faktor risiko. 


Jom lihat cara anda untuk mengurangkan risiko penyakit jantung! 





1. Aktif Bergerak


Jantung anda adalah otot dan, seperti mana-mana otot, senaman adalah apa yang menguatkannya.


Langkah pertama ialah menentukan kadar denyutan sasaran anda, kemudian cari aktiviti yang anda gemari dan boleh bertahan untuk jangka masa panjang.


2. Berhenti Merokok


Berhenti merokok bukan lah mudah tetapi ia penting kerana merokok adalah salah satu sebab terbesar yang dikaitkan dengan penyakit jantung.


Anda boleh pertimbangkan Terapi Penggantian Nikotin. Cara seperti ‘gum’, patch dan lozenges boleh membantu mengurangkan ketagihah merokok. Cara-cara ini telah terbukti membantu orang ramai bebas dari rokok. Selain itu, jangan malu untuk dapatkan sokongan berhenti merokok dari agensi kesihatan.


3. Menurunkan Berat Badan


Menurunkan berat badan lebih daripada sekadar diet dan senaman. Ia adalah perjalanan peribadi untuk anda mencari perkara yang anda suka dan sesuai untuk anda.


Apabila kita berlebihan berat badan, metabolisme badan kita berubah untuk menjadikannya lebih sukar untuk menurunkan berat badan.


Kesan fisiologi ini boleh membuat kita rasa berputus asa.


Walaupun kedengaran seperi sesuatu yang sukar, ia masih tidak mustahil. Anda mungkin memerlukan dua kali lebih banyak senaman setiap hari untuk mengekalkan berat badan secara kekal.





4. Makan Makanan Yang Menyihatkan Jantung


Salmon dan Guacamole sarat dengan lemak sihat yang baik untuk jantung.


Anda boleh cuba:


  • Campurkan salmon dengan sayur-sayuran

  • Makan Guacamole sebagai pembuka selera

  • Makan salmon panggang


5. Makan Coklat


Berita baik: coklat menyumbang kepada kesihatan jantung

Berita buruk: hanya secara sederhana


Koko– bahan utama dalam coklat, mempunyai antioksidan yang telah terbukti meningkatkan kolesterol baik, menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan fungsi pembekuan darah.


6. Jangan makan berlebihan


Makan banyak makanan sekaligus membawa kepada:


  • Darah beralih dari jantung ke sistem pencernaan

  • Irama jantung yang lebih pantas dan tidak teratur– boleh menyebabkan serangan jantung atau kegagalan jantung


7. Kawal Stres


Terdapat lebih daripada 1,400 tindak balas biokimia terhadap tekanan, termasuk peningkatan tekanan darah dan degupan jantung yang lebih pantas! 


Jika anda tidak menguruskan tekanan anda, ia boleh mewujudkan lebih banyak tekanan dan seterusnya merisikokan diri anda terhadap penyakit jantung.


Selain daripada 7 usaha diatas, anda boleh ikhtiar untuk kekal sihat dengan mengamalkan Sacha Inchi Oil GNI yang terbukti memberi manfaat kesihatan kepada ribuan pengguna! 





Sumber: 1 


Ulasan

Catatan Popular