Fakta Pemakanan Sacha Inchi dan Manfaat Kesihatan Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Fakta Pemakanan Sacha Inchi dan Manfaat Kesihatan

 Sacha inchi ialah satu jenis tumbuhan yang menghasilkan biji benih yang besar & boleh dimakan. Ia kaya dengan nutrien seperti asid lemak omega-3 & omega-6, protein, dan antioksidan yang berasal dari bahagian Amerika Selatan.


Sacha inchi juga adalah sumber asid lemak yang kuat. Ia sangat tinggi dalam asid alfa-linolenik; sejenis asid lemak omega-3 yang terdapat dalam tumbuhan, dan asid linoleik.


Biji sacha inchi hendaklah dibakar sebelum dimakan sebelum boleh digunakan dalam produk makanan seperti serbuk protein & bijirin. Benih juga boleh ditekan untuk minyaknya, yang kemudiannya digunakan untuk memasak atau dijadikan makanan tambahan.


Fakta Pemakanan Sacha Inchi

Karbohidrat

Sacha inchi adalah makanan rendah karbohidrat; hanya mengandungi 1 gram & semuanya serat. Tiada gula dalam sacha inchi.


Lemak

Sacha inchi mengandungi 5g lemak untuk setiap 10g hidangan; menjadikannya sumber yang kaya dengan lemak. Lemak dalam sacha inchi kebanyakannya adalah asid lemak tak tepu, yang membentuk 4g daripada 5g setiap hidangan.


Protein

Sacha inchi mengandungi 3 gram protein setiap 10 gram hidangan, menjadikannya agak tinggi dalam protein setiap gram.


Kalori

Sacha inchi mengandungi 70 kalori dalam hidangan 10 gram, 74% daripadanya berasal dari lemak, 20% daripada protein & 7% daripada karbohidrat.


Manfaat Kesihatan


  1. Boleh Meningkatkan Profil Lipid


Sacha inchi boleh digunakan dalam bentuk serbuk atau minyak. Minyak sacha inchi mungkin mempunyai kesan yang baik pada profil lipid pesakit hiperkolesterolemia– kolesterol tinggi kerana minyak sacha inchi boleh mengurangkan jumlah kolesterol & meningkatkan kolesterol HDL yang baik.


  1. Boleh Menurunkan Tekanan Darah


Terdapat banyak kajian yang menyokong keupayaan sacha inchi untuk menurunkan kolesterol "buruk" & meningkatkan paras kolesterol "baik". Kajian juga mendapati bahawa sacha inchi boleh membantu menurunkan tekanan darah.


Mengekalkan tekanan darah yang sihat adalah penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung & strok. Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi mungkin 4x ganda lebih kemungkinan untuk meninggal akibat strok dan 3x ganda lebih kemungkinan untuk meninggal akibat penyakit jantung.


  1. Mungkin Mempunyai Potensi Anti-Tumor


Sacha inchi mungkin mempunyai aktiviti antitumor, tetapi hanya terdapat sedkit maklumat tentang cara ia menghalang tumor. Beberapa kajian yang membabitkan haiwan telah menunjukkan hasil yang baik. Sacha inchi boleh melindungi kita daripada induksi tumor selepas terdedah kepada karsinogen & sifat antitumor sacha inchi mungkin berkait dengan kandungan asid alfa-linolenik (ALA) yang tinggi.


  1. Boleh Mengurangkan Keradangan


Keradangan dalam badan dikaitkan dengan penyakit seperti strok, penyakit pernafasan kronik, kanser, obesiti, diabetes & gangguan jantung. Penyakit radang kronik merupakan antara punca kematian yang tinggi.


Sacha inchi mungkin mempunyai kesan anti-radang. Tahap tinggi asid lemak tak tepu dalam minyak sacha inchi boleh membaikpulih keradangan serta mencegah penyakit kardiovaskular.


  1. Boleh Membantu Melawan Malnutrisi Kalori Protein


Di kebanyakan negara membangun, kekurangan zat makanan adalah krisis kesihatan awam. Sesetengah negara beralih daripada protein haiwan kepada protein tumbuhan.


Selain protein soya, penyelidik juga melihat sacha inchi sebagai sumber protein. Tepung sacha inchi menunjukkan kesan yang sama dengan tepung kacang soya & tidak memberikan kesan sampingan yang serius, menjadikannya sumber protein yang sesuai.


Alahan


Sacha inchi bukan lah penyebab alahan. Walaupun menggunakan nama yang termasuk perkataan "kacang tanah", benih sacha inchi tidak berkaitan dengan kacang tanah sama sekali. Mereka yang mempunyai alahan kepada kacang boleh mengambil sacha inchi dengan selamat selagi ia tidak diproses dengan kacang lain.


Cara Penyediaan


Sacha inchi ialah biji yang boleh dimakan begitu sahaja, atau dimakan dengan oatmeal atau yogurt. Anda juga boleh mendapatkan Sacha Inchi Oil GNI untuk mendapatkan manfaatnya secara terus.



Sumber: 1

Ulasan

Catatan Popular