APA ITU SACHA INCHI DAN ADAKAH PERLU MENAMBAHKANNYA DALAM DIET ANDA? Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

APA ITU SACHA INCHI DAN ADAKAH PERLU MENAMBAHKANNYA DALAM DIET ANDA?

 Sacha inchi sarat dengan asid lemak omega-3 dan nutrien lain yang tidak terkira banyaknya, walaupun saiznya kecil.


Apa Itu SACHA INCHI?

Sacha inchi ialah benih yang tumbuh dalam buah yang unik di kawasan di seluruh Amazon– Peru, Venezuela, Colombia, Bolivia dan Ecuador.


Walaupun benih ini mungkin baru sahaja popular, namun penduduk asli di seluruh Amazon telah menikmati sacha inchi dan pelbagai manfaat kesihatannya selama berabad-abad.


Secara saintifik, tumbuhan ini dipanggil Plukenetia Volubilis dan mempunyai beberapa nama lain; kacang Inca, kacang gunung, kacang sacha & sacha inchi.


Profil Nutrien SACHA INCHI

Sacha inchi mempunyai profil nutrien yang baik. Ia adalah protein lengkap yang mengandungi kesemua 9 asid amino penting.


Bukan itu sahaja, sacha inchi juga mengandungi asid lemak omega-3 tertinggi jika dibandingkan dengan mana-mana tumbuhan. Malah, ia mempunyai 17x ganda kandungan omega-3 daripada salmon!


Asid lemak omega-3 adalah penting untuk kesihatan kognitif dan mental, kesihatan jantung, mengurangkan keradangan serta mempertahankan diri daripada kanser.


Walaupun ia penting untuk kesihatan, omega-3 tidak begitu mudah didapati dalam sumber makanan. Disebabkan itu, sacha inchi adalah satu sumber yang istimewa.


Kebaikan SACHA INCHI Untuk Kesihatan

1. Sempurna Untuk Membina Otot Dan Menurunkan Berat Badan


Memandangkan sacha inchi adalah protein lengkap dengan 9 sembilan asid amino penting, ia sesuai untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan otot yang sihat.


Terima kasih kepada asid lemak omega-3, sacha inchi akan membuatkan anda berasa kenyang– sangat baik untuk mengurangkan keinginan makan sepanjang hari.


2. Membantu Menurunkan Kolestrol


Kolesterol adalah faktor penyumbang utama kepada penyakit kardiovaskular dan serangan jantung.


Kajian menunjukkan bahawa asid lemak omega-3 boleh membantu meningkatkan tahap HDL atau kolesterol "baik". 


3. Membantu Menurunkan Tekanan Darah


Tekanan darah tinggi boleh meletakkan anda untuk mendapat serangan jantung, strok, dan komplikasi berbahaya yang lain.


Untungnya, kajian menunjukkan bahawa omega-3 boleh membantu menurunkan tahap tekanan darah pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.


4. Perlindungan Terhadap Radikal Bebas


Sacha inchi juga mengandungi tahap vitamin E yang bagus; yang merupakan antioksidan kuat yang terdapat dalam banyak kacang dan biji.


Sebagai antioksidan, vitamin E mempertahankan daripada kerosakan radikal bebas yang terdapat daripada toksin persekitaran seperti asap rokok.


Perokok memerlukan lebih banyak vitamin E berbanding bukan perokok kerana merokok mengurangkan tahap vitamin E anda. Kajian menunjukkan bahawa penambahan vitamin E dan vitamin C bersama-sama boleh mengurangkan risiko penyakit paru-paru pada perokok.


5. Mempanjangkan Hayat Sel


Kerosakan radikal bebas dan tekanan oksidatif adalah dua faktor utama yang berkaitan dengan penuaan. Radikal bebas boleh memberi kesan buruk kepada sel yang sihat tetapi vitamin E boleh memanjangkan hayat sel.


Atas sebab ini, biji sacha inchi yang kaya dengan vitamin E berkesan untuk melindungi daripada penuaan dan penyakit yang berkaitan.


6. Pertahanan Terhadap Penyakit Kardiovaskular


Asid lemak omega dan lemak sihat yang lain bukan sahaja sangat baik untuk mengurangkan tahap kolesterol jahat, ia juga bagus untuk menghalang pembentukan plak dalam arteri anda!


Untuk perlindungan tambahan, sacha inchi juga mengandungi bahan yang dipanggil asid alfa-linolenik. Pengambilan tinggi asid lemak ini boleh mengurangkan risiko serangan jantung pertama sebanyak 59% pada lelaki dan wanita.


7. Mengurangkan Keradangan


Keradangan boleh menyebabkan jerawat, sakit sendi, kanser dan juga penyakit jantung.


Untuk mengurangkan keradangan, anda boleh mulakan dengan mengurangkan makanan bergaram tinggi, tinggi gula dan tinggi lemak daripada diet anda.


Dan juga boleh mengambil omega-3.

Pengambilan biji sacha inchi yang kaya dengan omega-3 juga boleh memperbaiki keradangan badan anda.


8. Kulit Glowing


Lemak yang sihat dan asid lemak adalah penting untuk kulit yang cantik berseri. Kebanyakan produk penjagaan kulit mengandungi vitamin E kerana ia sangat berkesan untuk melindungi sel kulit daripada radikal bebas dan kesan negatif penuaan.


Asid lemak omega-3 juga memainkan peranannya dengan mengunci penghidratan dan mengawal pengeluaran minyak kulit anda.


Bagaimana Mencari SACHA INCHI


Sacha inchi boleh didapati dalam bentuk:


  • MINYAK SACHA INCHI

  • SERBUK SACHA INCHI

  • BIJI SACHA INCHI 


Sacha Inchi Oil GNI merupakan produk kesihatan yang telah diiktiraf sebagai Vege softgel dan HALAL. Kandungan Sacha Inchi Oil GNI adalah 100% ASLI Minyak COLD PRESS dari buah Sacha Inchi yang bebas dari kandungan Gelatin, Kimia dan Campuran Air.


Ianya selamat digunakan dalam amalan seharian sebagai Makanan Tambahan untuk Kesihatan.



Sumber: 1

Ulasan

Catatan Popular