Tengah Cari Cara Nak Kawal Kencing Manis? Boleh Cuba 5 Petua Ni Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Tengah Cari Cara Nak Kawal Kencing Manis? Boleh Cuba 5 Petua Ni

Tengah Cari Cara Nak Kawal Kencing Manis? Boleh Cuba 5 Petua Ni


Ada dua jenis kencing manis, kencing manis jenis 1 & 2. Kedua-dua jenis kencing manis ni mempunyai punca yang berbeza. Kencing manis jenis 2 berpunca daripada gaya hidup yang kurang sihat.


Penghidap diabetes jenis 2 akan mengalami masalah untuk mengawal & menggunakan gula sebagai bahan api. Keadaan ini membuatkan terlalu banyak gula mengalir dalam aliran darah.


Kalau anda merupakan salah seorang daripada penghidap kencing manis & dalam usaha nak kawal bacaan gula, teruskan membaca artikel ni.


5 Petua Kawal Kencing Manis


Barli & Serat

Serat dapat membantu mengawal paras gula darah dan antara sumber makanan yang kaya dengan serat adalah sayur-sayuran & buah-buahan.


Anda boleh ambil sekurang-kurangnya 30 gram serat untuk keperluan tubuh.


Antara jenis tumbuhan yang amat kaya dengan serat ialah barli. Barli juga tinggi dengan kandungan protein yang sangat baik untuk penghidap diabetes.


Aloe Vera

Penyelidikan awal menunjukkan bahawa aloe vera mempunyai ciri-ciri antidiabetes.

Ia juga dikatakan boleh membantu mengawal gula darah selain mempercepatkan proses penyembuhan luka.


Bagi pesakit diabetes, proses penyembuhan luka boleh mengambil masa yang lebih panjang. Oleh itu, penggunaan aloe vera boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka yang dialami.


Kromium

Kromium merupakan sejenis mineral surih yang sangat penting kepada fungsi tubuh badan manusia; antara fungsi kromium adalah meningkatkan sensitiviti insulin & memperbaiki metabolisme protein, karbohidrat dan lipid.


Antara sumber semula jadi bagi kromium ialah hati haiwan & juga sayur brokoli. Kromium juga boleh didapati dalam bentuk suplemen.


Tapi, jumlah kromium yang diperlukan oleh tubuh hanyalah sedikit sahaja. Jadi, anda perlu rujuk doktor untuk tahu dos yang sesuai.


Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis mempunyai kemampuan untuk merendahkan paras gula dalam tubuh manusia.


Satu kajian berkenaan penggunaan kulit kayu manis ini telah dilaksanakan dalam kalangan mereka yang menghidap diabetes dan hasil kajian mendapati, terdapat kesan yang signifikan dalam penghasilan insulin, kerintangan insulin & juga lipid dalam kalangan penghidap diabetes ini.


Bukan tu sahaja, ada juga perubahan pada nilai indeks jisim badan (BMI), lemak viseral & lemak badan.


Zink

Zink merupakan sejenis nutrien yang menyokong tumbesaran sewaktu kita masih kecil & berperanan menguatkan sistem imun tubuh manusia.


Penghidap kencing manis merupakan antara golongan yang sering mengalami kekurangan zink dalam tubuh badan.


Berdasarkan kajian, pengambilan zink boleh membantu mengawal paras gula darah selain membantu merawat komplikasi yang berkaitan penyakit diabetes.


Namun, pengambilan zink juga perlu dikawal kerana ia boleh menyekat penyerapan sumber mineral penting lain jika diambil terlalu banyak.


Konklusi


Kelima-lima  petua ini hanyalah sebagai terapi pelengkap kepada rawatan diabetes sedia ada & bukanlah kaedah rawatan utama, apatah lagi sebagai pengganti kepada rawatan di hospital.


Oleh itu, dapatkan nasihat daripada doktor sebelum mencuba petua-petua atau suplemen tambahan.


Antara suplemen yang berjaya membantu menurunkan bacaan gula pesakit-pesakit kencing manis adalah: 


Sacha Inchi Go Nature. 

Lulus KKM & Lulus Halal Malaysia.




Sumber:


  1. MayoClinic: Type 2 diabetes 1


  1. Stamford Health: 10 Natural Home Remedies for Type 2 Diabetes 2


  1. Oregon State University: Chromium 3


  1. National Institutes of Health: Zinc 4


  1. Clinical Nutrition: Efficacy of cinnamon in patients with type II diabetes mellitus: A randomized controlled clinical trial 5



Ulasan

Catatan Popular