Tanda-tanda Anda Ada Darah Tinggi Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Tanda-tanda Anda Ada Darah Tinggi

Tanda-tanda Anda Ada Darah Tinggi


Penyakit darah tinggi merupakan penyakit kronik yang biasa di kalangan rakyat Malaysia. Faktor seperti obesiti & gaya hidup tidak aktif menjadi menyumbang kepada statistik peningkatan penyakit ini.


Macam mana nak tau kalau anda pun salah seorang yang ada tekanan darah tinggi?


Jom check tanda-tanda darah tinggi.


5 Simptom Anda Ada Darah Tinggi


Bacaan Tekanan Darah Melebihi Paras Normal

Jika tekanan darah sistolik, diastolik atau kedua-duanya melebihi nilai bacaan normal mengikut garis panduan CPG, itu petanda darah tinggi.


Bacaan tekanan darah kebiasaannya ditulis dalam susunan sistolik, diastolik & unit. Contohnya; 110/85 mmHg. 110 merupakan bacaan sistolik, 85 merupakan bacaan diastolik & mmHg adalah unit kepada bacaan tekanan darah.


Tetapi untuk tidak mengganggu bacaan tekanan darah, anda kena berehat sekurang-kurangnya 1 jam selepas buat aktiviti fizikal.


Penglihatan Jadi Kabur

Darah tinggi boleh mengganggu fungsi salur darah, termasuk salur darah pada bahagian mata. Salur darah boleh terdedah kepada kerosakan kerana tekanan darah tinggi berikutan saiznya yang kecil.


Tapi, penglihatan kabur ni sebenarnya satu komplikasi darah tinggi– bukannya simptom secara langsung, namun disebabkan penyakit darah tinggi kebiasaannya berlaku secara senyap, ini mungkin boleh menjadi tanda yang perlu diberikan perhatian.


Pening Kepala & Rasa Tak Seimbang

Kalau anda selalu rasa pening, tak semestinya ada masalah tekanan darah tinggi. Namun, bahaya kalau dibiarkan je.


Kalau selalu pening & rasa tak seimbang secara tiba-tiba, cepat-cepat lah jumpa dengan doktor. Sebab hilang keseimbangan badan merupakan gejala amaran strok selain daripada pertuturan tak jelas & sukar untuk berjalan.


Mual & muntah

Seperti pening kepala, mual & muntah juga bukanlah simptom darah tinggi semata-mata.

Namun, ia mungkin boleh menjadi petanda kepada tekanan darah tinggi.

 

Sukar untuk ditentukan diagnosis dengan hanya bergantung kepada tanda seperti ini. Namun jika ia berlaku kepada pesakit yang memang ada tekanan darah tinggi, selalunya ia berlaku pada tahap bahaya.


Simptom lain seperti sakit dada, sakit kepala, keresahan, kesukaran untuk bernafas & sawan juga merupakan simptom darah tinggi tidak terkawal.


Sukar kencing

Mengikut The American Heart Association (AHA), tekanan darah tinggi merupakan punca kedua tertinggi kepada masalah kerosakan buah pinggang.


Apabila berlakunya tekanan darah tinggi, salur darah yang membekalkan oksigen & nutrisi penting kepada buah pinggang tak dapat berfungsi dengan baik. Dan akan menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang.


Susah untuk kencing merupakan tanda awal kepada masalah buah pinggang & ia mungkin merupakan tanda darah tinggi tidak terkawal.


Konklusi


Kalau anda mengalami salah satu daripada tanda tekanan darah tinggi tadi, segera dapatkan pengesahan & nasihat dari pakar kesihatan kerana diagnosis penyakit tidak boleh dibuat berdasarkan simptom tertentu semata-mata.


Sekiranya anda ingin mengawal bacaan tekanan darah tinggi anda, cuba amalkan Sacha Inchi Oil Go Nature yang merupakan minyak tumbuhan yang kaya dengan Omega 3, Omega 6 & Omega 9 & telah dinobatkan sebagai SUPERFOOD. Ia juga telah terbukti membantu menurunkan bacaan tekanan darah beribu-ribu pengguna!






Sumber:


  1. Mayo Clinic: Hypertensive crisis: What are the symptoms? 1


  1. National Kidney Foundation: High Blood Pressure and Chronic Kidney Disease 2







Ulasan

Catatan Popular