Selain Makanan, Ini Boleh Jadi Penyebab Kolesterol Tinggi Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Selain Makanan, Ini Boleh Jadi Penyebab Kolesterol Tinggi

Selain Makanan, Ini Boleh Jadi Penyebab Kolesterol Tinggi

Penyebab untuk kolesterol tinggi yang paling lazim adalah pemakanan yang tidak sihat. Namun, punca kolesterol tinggi bukan hanya bergantung pada diet seseorang.


Jom check apa penyebab kolesterol tinggi selain makanan.


Penyebab Kolesterol Tinggi

Punca Yang Tidak Dapat Diubah

Genetik


Seseorang boleh mewarisi kolesterol tinggi dari orang tuanya. Kes seperti ini disebut sebagai Hiperkolesterolemia Familial. 


Jika salah satu atau kedua orang tua anda serta adik-beradik anda mempunya kolesterol tinggi, risiko anda untuk mendapat kolesterol tinggi adalah tinggi. 


Seeloknya perlu buat pemeriksaan kadar kolesterol sejak di usia kanak-anak untuk mengurangkan risiko komplikasi jantung.


Usia & Jantina


Kadar kolesterol cenderung untuk meningkat seiring pertambahan usia. American Heart Association menyatakan, lelaki berusia 45 tahun keatas & wanita berusia 55 tahun keatas lebih berisiko untuk mengalami kolesterol tinggi.


Kadar kolesterol juga meningkat seiring dengan penambahan ukur lilit perut anda. Institut Jantung, Paru-paru & Darah Nasional di USA menetapkan ukuran lilit pinggang yang sihat untuk wanita adalah kurang dari 88 cm, dan 102 cm kebawah untuk lelaki. 


Angka yang lebih bermaksud anda mempunyai perut buncit & berisiko untuk mendapat kolesterol tinggi dan beberapa masalah kesihatan lain.


Etnik


Menurut laporan British Journal of General Practice pada tahun 2013, ada sejumlah etnik yang secara semulajadi memiliki kolesterol tinggi. Termasuklah India, Pakistan & Sri Lanka.


Punca Yang Dapat Diubah

Obesiti


Obesiti bermaksud kalori tinggi dalam tubuh Anda. Kalori ekstra ini diubah menjadi lemak & disimpan dalam tubuh. 


Jika anda mempunyai berat badan yang lebih, mulakan langkah untuk mendapatkan semula berat badan yang optimum untuk elakkan masalah kesihatan di masa akan datang.


Kurang Bersenam


Manusia moden cenderung untuk menghabiskan waktu di depan komputer & hanya duduk di kerusi. Hal ini boleh meningkatkan risiko untuk kolesterol tinggi.


Bersenam selama 30 minit setiap hari dapat mengurangkan kolesterol jahat & meningkatkan kolesterol baik anda. Aktif bergerak juga dapat menurunkan trigliserida & membantu mempertahankan berat badan.


Alkohol        


Pengambilan alkohol dengan berkala dapat merosakkan hati & menyebabkan tekanan darah tinggi dan peningkatan kolesterol dalam tubuh.


Merokok


Bahan-bahan kimia dalam rokok mengurangkan kolesterol baik dan kadar racun asap rokok yang tinggi dapat merosakkan lapisan dalam pembuluh darah serta meningkatkan risiko penyempitan pembuluh darah dan pembekuan darah.


Stres


Stres menyebabkan pelepasan dua hormon; adrenalin & kortisol. Hormon-hormon ini merangsang hati untuk mengeluarkan lebih banyak kolesterol.


Konklusi


Anda perlu berusaha untuk mengawal kolesterol dengan menjaga pemakanan serta bersenam.


Selain itu, amalkan Sacha Inchi Oil Go Nature yang merupakan minyak tumbuhan–kaya dengan Omega 3, Omega 6 & Omega 9, sebagai pengganti kepada minyak ikan.


Ia juga telah terbukti berkesan dalam membantu menurukan kolesterol pengguna.




Sumber:


  1. Anlene: Selain Makanan, Ini Dia Faktor Penyebab Kolesterol Tinggi 1



Ulasan

Catatan Popular