Apa Tanda-Tanda Awal Kencing Manis & Cara untuk Mengawalnya? Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Apa Tanda-Tanda Awal Kencing Manis & Cara untuk Mengawalnya?

Apa Tanda-Tanda Awal Kencing Manis & Cara untuk Mengawalnya?


Penyakit Kencing Manis

Kencing manis ini merujuk kepada masalah di mana sel badan tidak boleh untuk menggunakan gula yang diperolehi daripada makanan & minuman. Kandungan gula tersebut kemudian terkumpul dalam saluran darah & tidak dipecahkan kepada bentuk yang lebih kecil untuk diserap dalam badan.


Macam mana nak tau kalau anda sebenarnya salah seorang daripada rakyat Malaysia yang menghidap kencing manis?


Tanda-tanda Awal Kencing Manis

Cepat Lapar


Walaupun kandungan gula dalam badan pesakit kencing manis tinggi, tapi gula tersebut tidak boleh digunakan untuk hasilkan tenaga sebab ketiadaan hormon insulin– yang berfungsi menukarkan gula ke bentuk tenaga. Bila kurang tenaga, pesakit lebih mudah untuk rasa lapar.


Cepat Haus & Kerap Kencing


Bila kandungan gula dalam darah tinggi, badan akan bertindak untuk mengurangkan kepekatan gula melalui air kencing. Bila kerap buang air kecil pula, badan kehilangan banyak air & sebab tu pesakit cepat berasa haus.


Penurunan Berat Badan


Mungkin ada yang akan gembira bila berat badan turun, tapi ia juga sebenarnya boleh jadi salah satu tanda kencing manis peringkat awal. Apa logiknya perkara ni? 


Bila insulin yang sepatutnya mencerna gula untuk digunakan oleh sel badan berkurangan ataupun tak dihasilkan langsung, badan akan membakar lemak atau otot sebagai gantian sumber tenaga.


Selalu Terkena Jangkitan kulit


Pesakit kencing manis selalunya ada imuniti yang rendah. Imuniti ataupun tahap kekebalan sel dalam badan untuk lawan penyakit yang rendah menyebabkan pesakit mudah dijangkiti kuman.


Kalau masalah kencing manis ini tak dikawal pada peringkat awal, pelbagai komplikasi boleh berlaku mengikut jenis organ termasuk otak, jantung & kaki.


Jadi sebelum kencing manis anda bertambah teruk, lakukan langkah kawalan yang sepatutnya.


Langkah Pengawalan Kencing Manis

  • Hentikan tabiat merokok

  • Periksa kandungan gula dalam badan secara berkala

  • Hentikan pengambilan minuman alkohol

  • Amalkan diet yang sembang– kurangkan makanan yang bergula tinggi

  • Bersenam sekurang-kurangnya setengah jam sehari, lima kali seminggu

  • Ikhtiar dengan Sacha Inchi Oil Go Nature







Sumber: 

  1. WebMD: Early Signs and Symptoms of Diabetes 1


  1. Mayo Clinic: Diabetes 2







Ulasan

Catatan Popular