10 Petua Kawal Tekanan Darah Tinggi di Rumah Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

10 Petua Kawal Tekanan Darah Tinggi di Rumah

10 Petua Kawal Tekanan Darah Tinggi di Rumah


Kira-kira satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai penyakit darah tinggi & 

sebanyak 35.3% dari mereka dengan bacaan 140/90 atau lebih tinggi.


Bukan itu sahaja, bagi setiap dua pesakit yang didiagnosis, ada tiga lagi pesakit yang kekal tidak didiagnosis & tidak dirawat kerana tiada sebarang simptom ditunjukkan! Ini boleh menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat serangan jantung & strok secara senyap.


Untuk anda yang sudah pun mengenal pasti masalah tekanan darah tinggi & sedang berusaha untuk mengawal bacaan tekanan darah tinggi anda, jom semak petua-petua di bawah.


Petua Mudah Mengurangkan Tekanan di Rumah


  1. Bersenam

Bersenam bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, ia juga membantu mengurangkan tekanan dengan melepaskan hormon endorfin & meningkatkan kualiti tidur.


  1. Aromaterapi


Tak perlu keluarkan wang yang banyak. Hanya nyalakan lilin atau gunakan minyak pati & nikmatilah aroma yang menenangkan.


  1. Kurangkan Kafein


Pengambilan kafein dalam kuantiti yang tinggi dapat meningkatkan tekanan & kegelisahan untuk sesetengah individu, jadi cara terbaik adalah untuk mengehadkan pengambilan kafein.


  1. Menulis


Menulis sama ada dalam bentuk digital– seperti blog ataupun dalam jurnal untuk meluahkan perasaan atau pun bercerita dapat memberikan kelegaan & membantu anda fokus pada perkara yang positif.


  1. Luangkan Masa

Jika anda seorang yang enjoy masa bersama orang lain, hubungan sosial boleh jadi formula yang berkesan untuk kurangkan tekanan. Tapi kalau anda tak berapa suka bersosial, ada alternatif yang lebih baik; luangkan masa dengan haiwan kesayangan. Haiwan kesayangan pun boleh bagi keseronokan kepada kita.


  1. Ketawa


Bukan lah ketawa tanpa sebab. Anda boleh cuba tonton rancangan komedi yang kelakar bagi anda ataupun luangkan sedikit masa dengan rakan-rakan yang kelakar untuk merilekskan diri.


  1. Terapi Kognitif


Antara kaedah yang boleh anda cuba adalah terapi kognitif berdasarkan perhatian, yoga atau meditasi. Cara-cara ini tak semestinya dibuat secara berkumpulan. Anda boleh cari mana-mana video di Youtube & cuba buat di rumah.


  1. Dengar Muzik

Pilih muzik yang menenangkan semasa anda sedang buat kerja ataupun muzik khas yang sesuai untuk anda berehat. Ini antara petua yang baik untuk mengurangkan tekanan.


  1. Lakukan Teknik Pernafasan yang Betul


Bernafas secara dalam-dalam mengaktifkan tindak balas relaksasi & dapat meningkatkan sistem saraf simpatik untuk memberi isyarat kepada badan supaya kekal tenang.


  1. Pertimbangkan Makanan Tambahan


Makanan tambahan tertentu dapat mengurangkan tekanan termasuk mengamalkan ashwagandha– sejenis herba, asid lemak omega-3, teh hijau & juga lemon.


Pengambilan Sacha Inchi Oil yang diperkaya dengan Omega 3 dan sebagai pengganti kepada minyak ikan yang lebih baik ini dapat membantu mengurangkan bacaan tekanan darah tinggi.


Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 , Omega 6 dan Omega 9. Ia juga mengandungi vitamin A dan E, menjadikannya sumber antioksidan yang bagus.





Konklusi


Salah satu cara untuk kawal bacaan tekanan darah tinggi anda adalah dengan mengawal stres. Petua-petua diatas kesemuanya menekankan cara untuk anda sentiasa meletakkan diri dalam suasana yang menyenangkan, jadi berusahalah untuk sentiasa menjaga persekitaran anda.


Sumber:


  1. Columbia Asia: Mudah Jer Kawal Darah Tinggi Di Rumah, Fahami Kaedahnya 1


Ulasan

Catatan Popular