Salah Faham Tentang Tekanan Darah Tinggi! Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Salah Faham Tentang Tekanan Darah Tinggi!

Penyakit tekanan darah tinggi kebiasaannya tak menunjukkan sebarang simptom tapi sekiranya tidak dirawat, boleh menyebabkan masalah yang serius seperti strok dan penyakit jantung. 


Sebab tu bahaya kalau kita tak cuba untuk kawal tekanan darah kita.


Jom tengok perkara yang selalu orang salah anggap berkenaan tekanan darah tinggi:


Salah faham 1:

Tekanan darah tinggi bukan satu masalah besar


Tekanan darah tinggi ni satu penyakit “common” kat Malaysia, mungkin disebabkan itu, ada yang menganggap penyakit ni bukan satu benda yang bahaya. 


Lagipun kebiasaannya ia tak menunjukkan sebarang gejala, jadi mungkin ada yang tak perasan tentang masalah kesihatan diri sendiri. Inilah sebabnya kenapa tekanan darah tinggi dikenali sebagai “pembunuh senyap.” Sebab apa pembunuh? Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah, buah pinggang, jantung dan organ-organ lain dalam tubuh kita.


Biasanya, jantung berdegup secara berkala untuk pam darah melalui saluran darah untuk sampaikan oksigen dan nutrien ke seluruh badan. Bila darah ditekan ke dinding salur darah, saluran darah akan melebar atau menyempit untuk pastikan darah mengalir dengan baik. Tapi bila tekanan darah anda tinggi, daya yang menolak darah terhadap saluran darah jadi terlalu tinggi.


Pakar perubatan bersetuju bahawa ia adalah masalah yang sangat besar. 

Sangat penting untuk mengesan tekanan darah tinggi pada peringkat awal untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan dan mencegah komplikasi yang serius.


Salah faham 2:

Tekanan darah tinggi tidak boleh dicegah


Untuk mereka yang mempunyai sejarah keturunan yang bertekanan darah tinggi, atau mereka yang lebih berusia jadi mempunyai risiko yang lebih besar, mungkin terfikir untuk tidak boleh terlepas daripada menghidap tekanan darah tinggi.


Walaupun ada risiko yang lebih tinggi, jangan mengalah! Masih ada peluang untuk elakkan diri daripada mempunyai tekanan darah tinggi. 


Antara beberapa perkara yang boleh diusahakan:


Kekalkan berat badan yang sihat

Cuma perlu makan dengan betul dan bersenam secara teratur.


Makan makanan yang sihat

Makan dengan jumlah yang diperlukan oleh tubuh & memilih makanan yang tinggi nutrien dan rendah lemak, gula, dan garam.


Hadkan pengambilan garam

Adalah lebih baik sekiranya masak dirumah supaya boleh mengawal kadar garam dalam makanan dan masakan.


Jangan merokok

Dan sila minimumkan pendedahan terhadap asap rokok!


Bersenam secara teratur

Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari, sekurang-kurangnya lima hari seminggu. 

Menguruskan stres

Tubuh bertindak balas dengan stres dengan menghasilkan bahan kimia yang dapat membuat jantung berdegup dengan lebih cepat dan menyempitkan saluran darah, ini yang menyebabkan tekanan darah tinggi.


Salah faham 3:

Tekanan darah tinggi hanya dirawat dengan ubat


Pesakit tekanan darah tinggi boleh buat perubahan mudah dalam diet dan gaya hidup untuk mengurangkan tekanan darah. 


Ada banyak pilihan rawatan yang berbeza untuk tekanan darah tinggi.

Dalam banyak kes, doktor mungkin mencadangkan gabungan pilihan ini ikut kesesuaian keadaan pesakit.


Antara pilihan:


Pelan diet DASH


The Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH) termasuklah dengan memakan bahan makanan yang kurang lemak dan makan lebih banyak buah-buahan segar, sayur-sayuran dan makanan berbijirin penuh.


Pelan diet DASH mengehadkan penggunaan garam tanpa pengurangan rasa terhadap makanan. Pesakit harus mengehadkan jumlah alkohol dalam diet. Jumlah alkohol yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah. Pakar mengesyorkan untuk tidak mengambil lebih daripada 2 minuman sehari untuk wanita dan kurang daripada 1 minuman sehari untuk lelaki.


Pengawalan Berat Badan


Macam kita biasa dengar, berat badan yang berlebihan atau obesiti boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi. Jadi pesakit harus bersenam dengan kerap semasa mengikuti pelan diet DASH untuk membantu menurunkan berat badan.


Tidak merokok


Merokok boleh meningkatkan tekanan darah & boleh menyebabkan kerosakan langsung ke jantung dan saluran darah. 


Terapi ubat


Selalunya satu ubat mungkin tak mencukupi untuk turunkan tekanan darah. Pesakit mungkin memerlukan gabungan pelbagai ubat untuk menguruskan tekanan darah mereka. Doktor akan memantau pesakit dengan teliti untuk mencari kombinasi yang betul yang berfungsi dengan kesan sampingan yang paling sedikit. 


Mencari kombinasi rawatan yang betul adalah mencabar dan akan mengambil sedikit masa. Maklumkan kepada doktor tindak balas terhadap setiap rawatan. Adalah penting untuk pesakit tahu sekiranya mengalami kesan sampingan agar doktor dapat menguruskan keadaan dengan lebih baik.


Jadi inilah kebenaran tentang tekanan darah tinggi! 


Penting untuk memahami lebih lanjut fakta mengenai tekanan darah tinggi lagi-lagi untuk mereka yang telah pun ada bacaan tekanan darah yang tinggi supaya dapat membuat keputusan kesihatan yang lebih baik pada masa depan.



Sumber:

  1. WebMD: 5 Misconceptions About High Blood Pressure 1

  2. Mayo Clinic: DASH diet: Healthy eating to lower your blood pressure 2








Ulasan

Catatan Popular