Darah Tinggi Dah Terkawal, Boleh Tak Berhenti Makan Ubat? Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Darah Tinggi Dah Terkawal, Boleh Tak Berhenti Makan Ubat?

Pesakit yang ada tekanan darah tinggi mungkin tertanya-tanya, sampai bila kena makan ubat darah tinggi.


Bosan asyik kena telan pil yang sama setiap hari dah la tak tahu sampai bila. 

Mungkin ada yang terfikir boleh ke berhenti makan ubat darah tinggi ni, akan ada kesan tak kalau berhenti makan ubat?


Tekanan darah tinggi dan faktor risikonya

Pil darah tinggi kebiasaannya diambil dalam tempoh yang lama sehingga timbul persoalan sampai bila ia harus diambil.


Untuk menjawab persoalan ni, kita perlu lihat secara holistik; melibatkan tekanan darah & faktor risikonya seperti berat badan, kolesterol dan genetik.


Selepas semua ini diperhatikan, barulah keputusan untuk meneruskan atau berhenti mengambil ubat darah tinggi boleh dibuat!

Apa pun keputusannya, pastikan ia dilakukan oleh doktor yang bertauliah. Bukannya buat keputusan sendiri!


Pil darah tinggi: Ada faktor risiko yang boleh dan tidak boleh diubah

Ada faktor risiko yang boleh diubah dan dikawal & ada sebahagian yang tidak boleh diubah


Faktor risiko yang boleh diubah:


  • Merokok

  • Obes

  • Kurang aktiviti fizikal

  • Pengambilan garam berlebihan

  • Alkohol berlebihan

  • Gangguan tiroid

  • Gangguan tidur


Faktor risiko yang tidak boleh diubah:


  • Umur

  • Sejarah keluarga (genetik)

  • Penyakit buah pinggang kronik


Jika tekanan darah tinggi berpunca daripada faktor yang boleh diubah, pengambilan ubat mungkin boleh dihentikan! Yang penting, bila dah capai target yang dimahukan.


Contohnya penurunan berat badan, tabiat pemakanan serta aktiviti fizikal yang memuaskan.


Perubahan yang positif boleh dijadikan ukuran. Tapi, jika tekanan darah naik semula, kena ambil ubat semula.


Sebaliknya, kalau berpunca daripada faktor yang tidak boleh diubah, kebiasaannya pesakit tidak boleh berhenti mengambil ubat-ubatan sebab agak berisiko untuk tekanan darah tinggi naik.


Jangan takut ambil pil darah tinggi

Ramai orang risau akan risiko dan komplikasi daripada pengambilan ubat darah tinggi untuk tempoh yang panjang.


Kalau doktor masih belum memberikan lampu hijau untuk berhenti, perkara terbaik adalah teruskan mengambil ubat!


Jangan risau, ubat-ubatan darah tinggi adalah selamat. 


Malah, ada kajian menunjukkan pesakit yang mengambil ubat dengan disiplin mempunyai kelangsungan hidup yang lebih lama!


Jika anda mempunyai masalah darah tinggi, sebaiknya ikut segala arahan dan nasihat doktor perubatan berkenaan pengambilan ubat.


Percayalah setiap apa yang disarankan dan dinasihatkan oleh doktor itu adalah untuk kebaikan diri anda semata-mata.


Sumber:

  1. Mayo Clinic: Blood pressure medication: Still necessary if I lose weight? 1

  2. Harvard Health Publishing: Key minerals to help control blood pressure 2



Sacha Inchi Oil boleh membantu dalam mengawal darah tinggi anda!





Ulasan

Catatan Popular