APA BEZA KENCING MANIS JENIS 1 DAN JENIS 2? Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

APA BEZA KENCING MANIS JENIS 1 DAN JENIS 2?

Perbezaan utama antara Diabetes jenis 1 dan jenis 2 adalah Diabetes jenis 1 terjadi kerana keadaan genetik & selalunya berlaku pada usia yang muda, dan jenis 2 kebiasaannya berkait dengan gaya hidup. 


Dengan diabetes jenis 1, sistem imun menyerang dan memusnahkan sel-sel penghasil insulin dalam pankreas pesakit.


Walaupun kedua-dua jenis diabetes ini mempunyai persamaan, terdapat banyak juga perbezaan dari segi punca penyakit, siapa yang berisiko, dan cara menguruskan kedua jenis diabetes ini.


Diabetes  jenis 1 menjejaskan 8% daripada semua orang yang menghidap diabetes. Manakala Diabetes jenis 2 menjejaskan kira-kira 90%!


Sesetengah orang keliru antara Diabetes jenis 1 dan jenis 2.


Apa yang penting, kedua-duanya sama serius. Mempunyai paras gula yang tinggi boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang serius, tidak kira sama ada Diabetes jenis 1 atau jenis 2. 


Jadi tidak kira anda ada Diabetes jenis 1 atau 2, langkah yang betul perlu diambil untuk menguruskannya.



Perbezaan utama Diabetes Jenis 1 & Jenis 2:



DIABETES JENIS 1

DIABETES JENIS 2

Apa Yang Berlaku?

Badan menyerang sel-sel dalam pankreas yang menyebabkan ia tidak boleh membuat sebarang insulin.


Badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau insulin yang dibuat tidak berfungsi dengan baik.


Faktor Risiko

Belum diketahui buat masa ini.


Antaranya: Berat badan dan etnik.


Simptom

Gejala muncul lebih cepat.


Gejala boleh menjadi lebih mudah terlepas kerana ia kelihatan lebih perlahan.


Cara Pengurusan

Diuruskan dengan mengambil insulin untuk mengawal gula dalam darah.


Ubat-ubatan, senaman dan diet. Boleh diberi insulin juga.


Pencegahan & Rawatan

Pada masa ini tiada ubat tetapi penyelidikan diteruskan.


Jenis 2 tidak boleh disembuhkan tetapi terdapat bukti yang mengatakan dalam banyak kes ia boleh dicegah dan dikurangkan.



Apa yang berlaku apabila anda menghidap diabetes jenis 1 atau jenis 2?


Jika anda menghidap diabetes jenis 1 atau jenis 2, ini bermakna anda mempunyai terlalu banyak glukosa dalam darah anda. Ini adalah sama untuk kedua-dua jenis. Tetapi perbezaan di antara keduanya adalah bagaimana ia berlaku.


Jika anda menghidap diabetes jenis 1, ini bermakna anda mempunyai masalah autoimun. Badan anda telah menyerang dan memusnahkan sel-sel yang menghasilkan hormon yang dipanggil insulin. menyebabkan anda tidak boleh menghasilkan insulin lagi.


Insulin penting untuk membantu mengambil gula daripada darah kita ke dalam sel badan kita. Dan kemudian kita akan menggunakan gula ini untuk tenaga. Jadi tanpa insulin, paras gula dalam darah boleh menjadi terlalu tinggi.


Diabetes jenis 2 adalah berbeza. Jika anda mempunyai jenis 2, sama ada badan anda tidak menghasilkan insulin yang mencukupi, atau insulin anda tidak berfungsi dengan baik. Seperti jenis 1, ini bermakna tahap glukosa dalam darah anda terlalu tinggi.


Adakah terdapat faktor risiko yang berbeza untuk jenis 1 dan jenis 2?

Penyebab diabetes jenis 1 dan jenis 2 tidak dapat diketahui dengan tepat, tetapi keduanya mempunyai faktor risiko yang berbeza. Jadi mungkin anda cenderung untuk mendapat satu jenis berbanding yang lain.


Jenis 1

Perbezaan utama antara keduanya ialah jenis 1 tidak dipengaruhi oleh gaya hidup atau berat badan. Ini bermakna anda tidak boleh mengubah risiko untuk mendapat Diabetes jenis 1 dengan perubahan gaya hidup.


Orang yang berumur 40 tahun ke bawah lebih cenderung untuk didiagnosis dengan Diabetes jenis 1, terutamanya kanak-kanak. Malah, kebanyakan kanak-kanak yang menghidap diabetes mempunyai jenis 1. Tetapi, walaupun jarang berlaku, orang yang berumur lebih dari 40 juga boleh didiagnosis dengan Diabeters jenis 1.


Jenis 2

Untuk diabetes jenis 2; beberapa perkara yang meletakkan anda lebih berisiko:


  • sejarah keluarga

  • latar belakang etnik

  • umur

  • berlebihan berat badan atau obes


Untuk mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2:


  • makan secara sihat

  • aktif

  • mengekalkan berat badan yang sihat


Anda juga lebih berkemungkinan mendapat Diabetes jenis 2 jika berumur lebih dari 40 tahun.


Gejala jenis 1 dan jenis 2

Diabetes jenis 1 dan jenis 2 berkongsi simptom biasa:


  • kerap ke tandas terutama pada waktu malam

  • sangat dahaga

  • berasa lebih letih daripada biasa

  • berat badan turun tanpa berusaha

  • luka mengambil masa lebih lama untuk sembuh

  • penglihatan kabur


Tetapi Diabetes jenis 1 selalunya muncul dengan cepat. Itu menjadikan ia lebih sukar untuk diabaikan dan Diabetes jenis 2 berkembang lebih perlahan terutama pada peringkat awal & menjadikannya lebih sukar untuk dikesan.


Itulah sebabnya penting untuk mengetahui risiko anda mendapat diabetes jenis 2. Sesetengah orang tidak tahu mereka ada Diabetes jenis 2.


Mengurus dan merawat jenis 1 dan jenis 2

Mengurus dan merawat diabetes penting untuk membantu anda mengelakkan komplikasi kesihatan yang serius.

Untuk Diabetes jenis 1:


  • Mengambil insulin untuk mengawal paras gula dalam darah

  • Perlu menguji paras glukosa darah dengan kerap

  • Kira berapa banyak karbohidrat yang dimakan dan diminum

Untuk membantu menentukan jumlah insulin yang perlu diambil

  • Mempunyai gaya hidup yang sihat (aktiviti fizikal yang kerap dan diet seimbang)

Untuk membantu mengurangkan risiko komplikasi diabetes


Untuk Diabetes jenis 2:

  • Makan makanan yang sihat

  • Aktif

Untuk membantu menguruskan berat badan

  • Mengambil ubat


Bolehkah jenis 1 atau jenis 2 disembuhkan atau dicegah?


Malangnya, pada masa ini tiada penawar kekal untuk Diabetes jenis 1 atau jenis 2.


Tetapi terdapat bukti bahawa sesetengah orang dengan Diabetes jenis 2 boleh menyebabkan diabetes mereka berkurang dengan


  • menurunkan berat badan

  • mengikuti diet yang sangat rendah kalori di bawah pengawasan perubatan

  • menjalani pembedahan


Sumber:

  1. Diabetes UK: differences between type 1 and type 2 diabetes 1



Ikhtiar untuk mengawal kencing manis anda dengan Sacha Inchi Oil Go Nature.




Ulasan

Catatan Popular