5 Makanan Berangin Penyebab Sakit Sendi Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

5 Makanan Berangin Penyebab Sakit Sendi

Sakit sendi selalu dikaitkan dengan penyakit arthritis. Keradangan yang menjadi punca sakit sendi boleh berlaku di sekitar sendi, tendon, ligamen, tulang rawan dan otot, dan boleh disebabkan oleh sejarah keluarga, faktor umur, jantina, sejarah sakit sendi lampau serta masalah obesiti.


Selain mengurangkan beberapa jenis makanan yang boleh mencetuskan sakit sendi, sesetengah individu suka memilih untuk mengambil ubat tahan sakit. Tetapi, painkiller tak dapat bagi kelegaan untuk jangka masa panjang.


Jadi, dalam artikel kali ni, kami akan kongsikan beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan untuk mengurangkan sakit sendi.


5 Makanan Penyebab Sakit Sendi Yang Perlu Dielak


1. Gluten dan gandum

Kedua-dua makanan kategori ini menghasilkan tindak balas keradangan terutamanya untuk mereka yang memang mempunyai alahan kepada gluten atau gandum.


Sakit sendi juga dikaitkan dengan keadaan usus bocor.


Usus bocor terjadi apabila aliran darah dimasuki oleh toksin & kotoran melalui usus. Bila tubuh mula beri tindak balas imun, ia akan mencetuskan keradangan yang menjejaskan bahagian sendi.


Bagi individu yang ada alahan pada gluten atau gandum, pengambilan makanan jenis ini akan membuatkan sistem imun tubuh bertindak dan mengakibatkan keradangan. Ia boleh menjejaskan organ tubuh dan tisu lembut.


Keradangan yang berlaku mungkin tak dapat dikesan dengan gejala seperti kemerahan atau bengkak, tetapi boleh dirasai dengan simptom sakit sendi.


2. Keju dan produk makanan berasaskan tenusu tinggi lemak

Keju, mentega, krim keju, majerin & mayonis antara produk berasaskan tenusu yang tinggi kandungan lemak tepu & advanced glycation end products (AGEs) – yang diketahui sebagai pencetus keradangan terbesar!


Tetapi kalau masih teringin untuk ambil produk tenusu, boleh cuba, yogurt Greek. Berdasarkan kajian, produk tenusu fermentasi ini adalah produk antiradang dan sesuai buat individu yang tak ada alahan kepada susu lembu.


3. Karbohidrat ditapis

Produk yang dihasilkan dengan tepung putih seperti roti putih, pasta dan kraker, dianggap sebagai karbohidrat ditapis atau halus. Pengambilan makanan ni boleh melonjakkan tahap glukosa dalam darah dan terbukti meningkatkan keradangan pada tubuh.


Jadi, ia merupakan antara makanan yang harus dielak oleh mereka yang ada masalah sakit sendi.


4. Makanan diproses dan bergoreng

Makanan diproses macam ayam goreng, nugget & patty daging memang menjadi favorite ramai rakyat Malaysia. Semua produk makanan ni mengandungi garam, lemak & bahan pengawet yang boleh menyebabkan keradangan dan mungkin boleh menjejaskan individu yang ada sakit sendi.


5. Sayur yang berangin

Sayur yang berangin atau solanaceae seperti terung, lada, tomato & kentang mengandungi solanin; glycoalkaloid yang berkaitan dengan tumbuhan tertentu yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan semula jadi terhadap binatang herbivor, serangga dan penyakit.


Kompaun solanin ini boleh menghasilkan reaksi bagi penghidap arthritis dengan merosakkan tindak balas fisiologi mereka serta menyebabkan keradangan.

Okay jadi bila dah tahu makanan-makanan yang jadi punya sakit sendi ni, seeloknya hadkan la pengambilan makanan-makanan tersebut dalam menu seharian.


Selain daripada pilihan makanan yang betul, boleh juga buat senaman secara berkala untuk kekalkan kelenturan sendi.


Kalau sakit sendi masih berlanjutan dengan terlalu lama, boleh dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor. Semoga perkongsian ini berguna buat anda!


Sumber:

  1. Arthritis Health: In the Kitchen with Arthritis: Foods to Avoid 1


  1. Arthritis Health: How Gluten Can Cause Joint Pain 2


  1. Creaky Joints: Foods to Avoid with Arthritis 3










Ulasan

Catatan Popular