Taknak Makan Nasi Sebab Takut Gemuk? Nanti Dulu.. Ada Banyak Kebaikan Makan Nasi Putih Tau Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Taknak Makan Nasi Sebab Takut Gemuk? Nanti Dulu.. Ada Banyak Kebaikan Makan Nasi Putih Tau

Kita biasanya akan elak makan nasi putih bila tengah diet atau nak kurus badan.

Ramai yang risau nasi putih boleh menggemukkan kita.


Sebenarnya boleh je makan nasi putih macam biasa masa tengah diet, yang penting kawal jumlah nasi yang kita ambik.


Walaupun ramai yang kata nasi putih menggemukkan, tapi sebenarnya nasi boleh jadi sebahagian daripada diet pemakanan yang seimbang.


Selain tu, nasi putih ni ada jugak kebaikan kepada tubuh kita.





Antara kelebihan yang boleh kita dapat bila makan nasi putih:


1. Menyokong kekuatan tulang, saraf dan otot


Tiap hari, tubuh badan kita perlukan sekitar 420 mg magnesium. Nasi boleh bantu penuhi keperluan ni sebab nasi putih ada kandungan magnesium yang agak tinggi.


Magnesium ni komponen struktur tulang yang membantu dalam tindak balas enzim yang terlibat dalam sintesis DNA dan protein.

Ia juga diperlukan untuk tujuan pengaliran saraf dan pengecutan otot yang betul.

Magnesium juga membantu dalam memberikan kita tidur yang lebih berkualiti.


2. Memberikan tenaga pantas


Bagi individu yang perlukan lebih banyak tenaga macam atlet, mereka boleh dapatkan sumber karbohidrat daripada nasi putih sebab nasi putih ada jumlah karbohidrat yang lebih tinggi dan kurang serat.


Disebabkan ia lebih mudah dihadam, maka proses penyerapan tenaga akan jadi lebih pantas.


3. Nasi putih mudah dihadam


Walaupun kalori nasi agak tinggi, tapi nasi ni antara makanan yang mudah dihadam oleh perut.


Berbanding sayuran hijau atau daging, nasi putih lebih mudah dihadam dan tak perlukan masa yang lama untuk dicerna.

Sebab tu nasi putih lebih mudah untuk diberikan kepada mereka yang sedang sakit berbanding jenis makanan lain.


Ini antara bagusnya kalau kita makan nasi, jadi kalau nak makan nasi, makan la dengan kadar yang sepatutnya supaya kita boleh dapat kebaikan kat atas ni pada masa yang sama tak menggemukkan diri.


Sumber:

Roy, P., Orikasa, T., Okadome, H., Nakamura, N., & Shiina, T. (2011). Processing conditions, rice properties, health and environment. International journal of environmental research and public health, 8(6), 1957–197







 


Ulasan

Catatan Popular