Suka Mandi Pakai 'Water Heater'? Mantap.. Jom Tengok Apa Manfaat Mandi Guna Air Panas Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Suka Mandi Pakai 'Water Heater'? Mantap.. Jom Tengok Apa Manfaat Mandi Guna Air Panas

Kebanyakkan dari kita memang ada ‘water heater’ kat rumah. 


Kalau boleh nak pasang kat semua bilik air yang ada kat rumah tu.


Walaupun cuaca kat Malaysia ni memang dah panas, tapi kita selalu pilih untuk mandi guna air panas daripada air sejuk. 


Lagi-lagi kalau mandi pagi, kan?

Selain dari pilihan peribadi yang memang lagi suka mandi air panas dari air sejuk, ada banyak kebaikan yang kita boleh dapat dengan mandi air panas ni!


Jom check apa manfaat yang kita boleh dapat dengan mandi air panas:


  1.  Meningkatkan kesihatan kardiovaskular


Satu kajian menunjukkan mandi air panas boleh membantu memperbaiki aliran darah bagi mereka yang ada kegagalan jantung yang kronik. Benda ni boleh jadi sebab pelebaran salur darah yang berlaku bila terdedah kepada suhu yang tinggi.


Selain tu, kajian juga menunjukkan individu yang merendamkan kaki dan betis dalam air panas atau suam selama 30 minit menunjukkan pengurangan kekakuan arteri. Tapi mereka yang tak menggunakan air panas atau suam tak dapat kesan yang sama.


  1. Memperbaiki kesihatan otot dan sendi


Organisasi seperti National Heart, Lung, and Blood Institute mengesyorkan agar seseorang individu bermandi air panas atau suam sebelum tidur untuk perbaiki kualiti tidur.


Air panas boleh bantu baiki kualiti tidur disebabkan oleh gabungan antara bagaimana tubuh badan menjadi relaks semasa mandi dan penurunan suhu badan selepas mandi.


  1. Melegakan daripada simptom pernafasan dan selesema


air panas adalah satu remedi semula jadi untuk mengurangkan simptom selesema dan batuk.


Suhu panas daripada air mandian ni membantu untuk buka laluan pernafasan, mudahkan kahak untuk keluar dan  membersihkan saluran hidung kita.


Sumber Rujukan:

  1. Sleep Foundation: Showering Before Bed 1


  1. SCL Health: From Hot to Cold: The Hidden Health Benefits of Bathing 2


  1. Sleep Advisor: Showering Before Bed – Is It a Good or a Bad Idea? 3








Ulasan

Catatan Popular