Ketiak Berbau? Ish Malunya! Jom Cuba 5 Petua Ni Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Ketiak Berbau? Ish Malunya! Jom Cuba 5 Petua Ni

Masalah ketiak berbau ni memang bukan satu benda yang baru. Ketiak berbau ni termasuk salah satu masalah badan berbau yang secara istilah teknikalnya dipanggil ‘bromhidrosis’ dan ia bukanlah satu masalah yang mendatangkan kerisauan berkaitan masalah kesihatan.

Walaupun tak ada kena mengena dengan masalah kesihatan, malu la kan kalau kita pergi mana-mana, orang tak selesa dengan bau badan kita. Orang nak datang dekat pun takut sebab kita jadi punca pencemaran bau kat situ.


Jangan risau, ada beberapa petua yang anda boleh cuba untuk hilangkan bau ketiak!


1. Cuka epal

Antara petua cara hilangkan bau ketiak adalah dengan guna cuka epal. Mula-mula mungkin akan mengeluarkan bau yang agak masam, tapi cuka ni dipercayai boleh hilangkan bau ketiak yang berkesan untuk anda.


Cara dia senang je, cuma perlu tuangkan cuka ke dalam mangkuk, lepastu celupkan bebola kapas ke dalam cuka dan sapukan kat bahagian ketiak anda. Ataupun, boleh bilas ketiak anda dengan cuka ketika mandi.


2. Bicarbonate soda


Bicarbonate soda ni biasanya antara bahan yang dipakai untuk buat kuih atau kek. Tapi bukan boleh guna untuk ‘baking’ je, boleh jadi salah satu cara untuk hilangkan bau ketiak jugak.


Untuk petua yang ni, boleh campurkan 1 sudu jus lemon dengan 1 sudu bicarbonate soda.

Sapukan campuran pes ni kat ketiak lepastu biarkan sekejap sebelum bilas dengan air.


Kalau taknak guna jus lemon, boleh terus campurkan serbuk penaik dengan air lepastu sapu kat ketiak selepas mandi.


3. Serbuk sandalwood


Serbuk sandalwood ni benda apa? Ia sejenis herba yang biasanya kita memang boleh dapat dari kedai yang jual herba. Takpun boleh cuba cari kat pasaraya atau kedai kecantikan.


Untuk bahan ni,  sama je macam bicarbonate soda tadi. Campurkan serbuk ni dengan air sampai la jadi pes. Lepastu sapukan kat ketiak. Biarkan kering dulu sebelum bilas dengan air bersih.


4. Sengkuang


Kisar halus sengkuang sampai jadi jus dan disapukan pada ketiak.

Bukan boleh buat makan je tau sengkuang ni.


5. Lemon

Lemon ni satu bahan semula jadi yang menawarkan macam-macam manfaat termasuk lah boleh digunakan sebagai salah satu bahan bagi menghilangkan bau ketiak. Cuma perlu hiris lemon dan gosok perlahan-lahan pada ketiak.


Selain tu, boleh jugak gunakan perahan jus lemon dan sapu kat ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon. Sapukan juga pada ketiak selepas mandi.


Selain dapat membantu hilangkan bau busuk ketiak, lemon juga dikatakan dapat mencerahkan kulit yang hitam pada bahagian ketiak.


Selamat mencuba!


Sumber:

1. Cleveland Clinic Health Library 1








Ulasan

Catatan Popular