Kepala Dah Mula Botak? Baca 4 Petua Melebatkan Rambut Kat Sini Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Kepala Dah Mula Botak? Baca 4 Petua Melebatkan Rambut Kat Sini

Setiap hari rambut kita gugur. Secara purata, rambut akan gugur antara 50 hingga 100 helai sehari; lebih kurang 20,000 helai setahun! Sebilangan besar daripada kita mengabaikan masalah rambut gugur sampai la nampak kepala dah mula botak.

Jangan risau, kita boleh selamatkan rambut kita dengan petua-petua melebatkan rambut seperti:


1. Amalkan pemakanan sihat


Makan diet yang kaya dengan protein, vitamin dan mineral penting adalah prasyarat untuk pertumbuhan rambut yang sihat.


Pilih makanan yang tinggi vitamin A, B, C, dan E, iron, zinc, copper, magnesium, dan selenium.


Vitamin B-kompleks, khususnya, sangat penting untuk bagi rambut kita berkembang dengan cepat.


Cuba elakkan kekurangan nutrien sebab bila tak cukup nutrient, rambut boleh terkesan. Contohnya kalau kekurangan vitamin E dan zink, boleh menyebabkan penipisan dan kehilangan rambut.


2. Bersihkan rambut


Bukan bersihkan untuk taknak kulit kepala jadi gatal je, tapi kalau kita jarang bersihkan rambut, boleh jadi jangkitan mikrob kat kulit kepala. Bila ada jangkitan ni, dia boleh melemahkan folikel rambut, merosakkan helaian rambut sampai rambut jadi tak sihat dan tak bermaya.


Ia boleh menyebabkan banyak penyakit kulit kepala macam dermatitis seborrheic, psoriasis, dan ekzema yang menghalang pertumbuhan rambut.


3. Elakkan tekanan


Pernah dengar tak orang cakap siapa yang selalu stress ni cepat hilang rambut? 


Ha mungkin ada betulnya sebab tekanan adalah faktor yang menyumbang kepada keguguran rambut!


Bila stres, ia boleh mengganggu kitaran rambut normal dan menjejaskan kitaran pertumbuhan rambut.


Sebab tu untuk siapa yang tengah cuba nak lebatkan rambut, cuba minimumkan tekanan hidup, kalau boleh.


4. Urut kulit kepala

Urut kulit kepala ni dapat membantu merangsang peredaran darah. Lepastu bila kita urut kulit kepala, ia menggerakkan minyak dari kulit kepala yang menguatkan akar dan menjaga kelembapan rambut.


Urut kulit kepala dengan minyak kelapa pula boleh meningkatkan peluang rambut kita tumbuh panjang dan kuat.


Minyak kelapa diperkaya dengan vitamin dan nutrien penting dan merupakan pelembap rambut semula jadi.


Selamat mencuba!


Sumber:

  1. Medical News Today: How to treat hair loss 1

  1. Cleveland Clinic: 6 Ways To Stop Hair Loss 2







Ulasan

Catatan Popular