Berapa Kerap Kita Kena Periksa Mata? Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Berapa Kerap Kita Kena Periksa Mata?

Kita ni biasanya akan risau pasal kesihatan jantung, paru-paru atau kesihatan mental kita tapi tak berapa ambil tahu sangat pasal kesihatan mata.

Padahal, mata ni tak kurang pentingnya. Kalau kesihatan mata dah mula merosot, kita akan ada masalah nak melihat. Sebab tu kita kena kerap periksa mata.

Tapi seberapa kerap kita kena periksa mata? Sebenarnya bergantung pada usia seseorang tu.

Untuk orang dewasa yang mungkin tak ada sebarang isu berkaitan penglihatan perlu jumpa pakar mata sekurang-kurangnya sekali setiap 2 ke 3 tahun.


Kalau untuk kanak-kanak, lain pulak. Jangan ingat kanak-kanak tak payah pergi check mata ya.

  • Untuk bayi, pakar pediatrik mungkin akan buat pemeriksaan mata umum lepas je bayi tu lahir untuk tengok ‘refleks merah’;mata jadi merah bila kena cahaya. Selain tu, doktor juga akan tengok macam mana anak mata dan kelopak mata bayi bagi tindak balas bila kena cahaya.


  • Untuk bayi yang umur 6 bulan ke 1 tahun, pemeriksaan kedua akan dibuat lagi sekali untuk nak tengok pergerakan dan tindak balas refleks mata dengan cara yang sama macam masa bayi tu lahir.


  • Bila dah masuk umur 3 ke 5 tahun, pemeriksaan ketiga sepatutnya dibuat untuk tengok kemampuan penglihatan mereka walaupun majoriti kanak-kanak pada usia ni tak ramai yang mula rabun.


Kalau untuk orang dewasa, ni bergantung pada kesihatan mata mereka. Kalau tak ada masalah, sekali setiap 2 ke 3 tahun pun okay dah. Tapi kalau yang pakai cermin mata, kanta lekap atau yang ada diabetes ke, ni lebih baik kalau jumpa pakar mata dengan lebih kerap.

  • Untuk yang umur 20 ke 39 tahun, seeloknya sekurang-kurangnya sekali setiap 2 ke 3 tahun.


  • Bila dah bertambah sikit usia, nak masuk usia usia emas, dalam 40 ke 64 tahun, kena lagi kerap sebab biasanya bila dah masuk usia 40 ni, tanda awal penyakit atau gangguan penglihatan mungkin dah mula ada.


  • Ketika berusia 65 dan ke atas, kena jumpa pakar mata sekurang-kurangnya sekali setiap 2 tahun untuk periksa simptom macam Katarak, Glaukoma, Diabetik retinopati dengan Degenerasi makular.


Jadi jangan tunggu bila dah ada masalah, baru nak jumpa doktor! Pemeriksaan, rawatan dan ubatan awal mungkin boleh selamatkan mata kita.


Sumber: 

  1. Keep an Eye on Your Vision Health 1

  2. Eye Exam and Vision Testing Basics 2







Ulasan

Catatan Popular