Ada Masalah Kesihatan Mental, Tapi Tak Tau Nak Jumpa Kaunselor ke Pakar Psikologi? Ada Bezanya Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Ada Masalah Kesihatan Mental, Tapi Tak Tau Nak Jumpa Kaunselor ke Pakar Psikologi? Ada Bezanya

Ada beberapa jenis golongan pakar yang berkait rapat dengan isu kesihatan mental.

Peranan mereka mungkin sama iaitu untuk membantu seseorang dalam mencapai tujuan pemulihan.


Tapi, golongan profesional kesihatan mental mana yang sesuai untuk anda?


Untuk cari ahli profesional yang sesuai, jom kita tengok apa perbezaan antara mereka ni.


  1. Ahli psikologi


Peranan ahli psikologi bukan sekadar bertanya mengenai perasaan seseorang. Ahli psikologi sebenarnya adalah pakar dalam sains tingkah laku, emosi, dan pemikiran. Mereka merawat pelbagai masalah, daripada masalah perhubungan hinggalah penyakit mental.


Kesemuanya dilakukan melalui sesi kaunseling. Seorang ahli psikologi biasanya memegang ijazah dan ahli psikologi tak boleh menetapkan ubat seperti doktor perubatan.


  1. Pakar psikiatri


Pakar psikiatri mendiagnosis, merawat, dan membantu mencegah gangguan mental, emosi, dan tingkah laku. Mereka menggunakan perubatan psikiatri, ujian fizikal, dan ujian makmal.


Pakar psikiatri adalah kumpulan doktor dengan ijazah doktor perubatan.


Doktor biasa juga boleh nak bagi ubat untuk membantu mengatasi masalah mental dan emosi tapi kebanyakan individu lebih memilih untuk pergi berjumpa pakar psikiatri.


  1. Kaunselor

Kaunselor dilatih untuk menilai kesihatan mental seseorang dan menggunakan teknik terapi berdasarkan program latihan tertentu.


Bekerja dengan salah seorang profesional kesihatan mental ini bukan sahaja dapat mengurangkan gejala, tapi boleh mengubah cara berfikir, perasaan dan kehidupan yang lebih baik.


  1. Pekerja sosial


Pekerja sosial adalah orang biasa yang nak membantu individu mengatasi dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka; termasuklah masalah peribadi.


Pekerja sosial juga berperanan untuk mengatasi masalah sosial macam penyalahgunaan dadah, masalah perumahan dan juga pengangguran.

Secara umumnya, peranan pekerja sosial ni adalah untuk sediakan pengurusan kes, perkhidmatan penempatan dan perkhidmatan lain yang bertujuan menyokong kehidupan yang sihat.


Yang bagusnya, kebiasaan pekerja sosial ni berkhidmat secara percuma, jadi anda tak perlu keluarkan kos untuk dapatkan bantuan. Cuma hubungi mana-mana organisasi yang ada ‘social team’ mereka!


Kalau masih lagi tak pasti nak pergi jumpa golongan profesional yang mana satu, boleh mula dengan khidmat pekerja sosial dulu, atau minta saranan dari mereka; golongan mana satu yang sesuai dengan masalah anda. 

 

Sumber:

  1. Mayo Clinic: Mental health providers: Tips on finding one 1

  1. National Alliance on Mental Illness: Types of Mental Health Professionals 2

  1. Mental Health America: Types Of Mental Health Professionals 3







Ulasan

Catatan Popular