3 Fakta Buruk Yang Anda Tak Tau Tentang Berus Gigi Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

3 Fakta Buruk Yang Anda Tak Tau Tentang Berus Gigi

Setiap pagi lepas bangun dari tidur biasanya kita akan terus gosok gigi dengan niat untuk jaga kebersihan mulut kita.

Tapi sebenarnya ada beberapa perkara penting pasal berus gigi yang mungkin ramai dari kita tak tahu!


  1. Boleh ada jutaan bakteria dalam mulut


Berus gigi ada lebih daripada 100 juta bakteria termasuk bakteria staphylococci dan E. Coli! Ya ampun. Kalau sebelum berus gigi, ada kira-kira 100 hingga 200 spesis bakteria dalam mulut kita. Keadaan mulut kita sebelum diberus ni boleh jadi sama kotor dengan lantai bilik mandi!

Ni pulak lepas gosok gigi guna berus gigi yang kotor.


  1. Penutup plastik tak berkesan pun


Ada yang suka letak berus gigi dalam penutup lepas dah habis guna. Untuk perlindungan kononnya. Benda ni memang tak patut. Penutup plastik tu takkan halang berus gigi kita daripada kotoran pun. Bila kita tutup berus gigi dengan penutup macam tu, lagi akan mendorong pembiakan bakteria.


  1. Kesan letak berus gigi dekat dengan kawasan pam


Bila kita ‘flush’, bakteria daripada tandas akan terperangkap dalam udara dan boleh mendarat kat berus gigi kita. Perkara sama juga kalau kita cuci tangan, bakteria yang ada kat tangan boleh tersebar ke berus gigi kita. Sebab tu kalau boleh, jangan letak berus gigi dekat dengan tempat kita flush atau aliran air kumbah.


Rasa nak termuntah kan bila fikir pasal berus gigi kita? 


Tapi jangan pulak tak gosok gigi dah lepas ni. Apa yang penting, kita ganti berus gigi setiap tiga bulan sekali. Kecuali kalau berus gigi kita dah haus, bulu dia pun dah bersepah kesini kesana, elok la tukar walaupun belum 3 bulan lagi jangka hayat kita pakai tu sebab bila bulu berus gigi tu dah tak rupa macam berus gigi, ia tak dapat bersihkan gigi kita dengan elok.


Sumber:

  1. Huffpost: The Disgusting Truth About Your Toothbrush 1


  1. WebMD: The Ugly Truth About Your Toothbrush 2








Ulasan

Catatan Popular