10 Gejala Yang Mungkin Bermaksud Anda Ada Masalah Darah Tinggi Yang Serius! Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

10 Gejala Yang Mungkin Bermaksud Anda Ada Masalah Darah Tinggi Yang Serius!

Tekanan darah tinggi ni antara masalah kesihatan biasa di kalangan rakyat Malaysia.

Ia boleh berlaku bila tekanan darah meningkat kepada tahap yang tak sihat.


Bila keadaan arteri sempit, akan ada peningkatan rintangan. Semakin sempit saluran arteri, semakin meningkat tekanan darah.


Untuk tempoh jangka masa panjang, peningkatan tekanan ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan macam penyakit jantung.


Yang bahayanya biasanya darah tinggi ni tak ada sebarang simptom! Tapi masalah tekanan darah tinggi boleh sebabkan kerosakan melibatkan saluran darah dan organ, terutamanya jantung, otak, mata dan buah pinggang.


Sebab tu penting untuk kita buat pemeriksaan untuk pengesanan awal. Kena selalu periksa pembacaan tahap tekanan darah.


Selain kena buat pemeriksaan selalu, ada beberapa gejala darah tinggi yang boleh kita perhatikan, antaranya:

  • Sakit kepala yang serius

  • Sesak nafas

  • Pendarahan hidung

  • Wajah kemerahan

  • Pening

  • Sakit dada

  • Masalah melibatkan penglihatan

  • Darah dalam air kencing

  • Kekeliruan atau kelesuan

  • Degupan jantung yang tak normal


Kalau dah mula ada gejala macam ni, maksudnya kena cepat cepat buat pemeriksaan dan dapatkan rawatan perubatan.


Tapi tak semua orang yang ada darah tinggi ni akan mengalami simptom. Kalau kita tunggu ada simptom baru nak buat pemeriksaan, mungkin agak terlambat dan berisiko untuk menyebabkan kematian.


Konklusinya, penting untuk kita dapatkan pemeriksaan bacaan tekanan darah penting sebagai salah satu langkah berjaga-jaga terhadap sebarang peningkatan tekanan darah.


Sumber:

1. MyHealth KKM: Tekanan Darah Tinggi 1







Ulasan

Catatan Popular