“Kroh kroh kroh..” Bising Betul Dia Ni Tidur Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

“Kroh kroh kroh..” Bising Betul Dia Ni Tidur

Pernah tak roomate atau kawan serumah tegur awak berdengkur masa tidur? Tak lena member nak tidur sebab terganggu dengan pencemaran bunyi awak tu. Cepat-cepat la cari apa punca tidur berdengkur tu supaya kawan tak lari:


Punca-punca berdengkur:


  1. Arak atau ubatan



Perkongsian dari Dr Nazrila Hairizan Nasir yang merupakan Pakar Perunding Perubatan Keluarga, berkongsi info yang arak boleh buat otot-otot yang ada kat lelangit lembut atau tekak kita ni jadi lemah.

Bila otot tu tak tegang sebab otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, pastu menutupi aliran udara takpun otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas.

2. Saluran pernafasan tersekat

Selain tu, Dr Nazrila pun berkongsi bila kita hidung tersumbat, kita jadi susah nak nafas. Jadi biasanya kita sedut udara dari mulut untuk bernafas. Benda ni boleh buat ruang vakum jadi berlebihan kat dalam tekak, lepastu mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan sebab tu la kita berdengkur.

3. Orang yang berlebihan berat badan

Perkongsian Dr Mohd Shaiful Nizam Mamat Nasir yang merupakan seorang Pegawai Perubatan Sarjana Otorinolaringologi, orang yang bersaiz besar ni biasanya leher dorang pendek dan besar, jadi mereka bekkemungkinan ada tisu tekak yang besar dan tebal. Ni pun boleh jadi sebab tidur berdengkur. Ataupun mereka yang ada tonsil dan tisu adenoid yang membengkak.

4. Lelangit lembut dan anak tekak yang panjang

Dr Mohd Shaiful ada juga kata anak tekak yang panjang boleh kecikkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ni la yang akan hasilkan dengkuran.

Jadi bila dah tau kan apa kemungkinan yang buat awak berdengkur, boleh la cari solusi yang sesuai untuk awak selesaikan isu ni supaya tak ada hubungan persahabatan yang terjejas.






Ulasan

Catatan Popular