Kenapa Tidur yang Berkualiti tu Penting? Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Kenapa Tidur yang Berkualiti tu Penting?

Tidur ni bukan sebab hanya nak mengelak jadi mengantuk keesokkan harinya je, banyak lagi perkara lain yang boleh terjejas kalau kita asyik tidur ikut suka. Tidur ni penting untuk:

  1. Merangsang memori dan proses pembelajaran

      Sebab tidur boleh bantu otak kita untuk simpan info baru menjadi memori melalui proses yang disebut sebagai konsolidasi. Kalau ikut kajian, orang yang tidur lepas ulang kaji dapat keputusan yang lagi okay dalam peperiksaan.


  1. Mengawal metabolisma dan berat badan

Kalau berat badan senang naik walaupun tak ambik kalori yang terlalu banyak, boleh jadi sebab kurang tidur. Kurang tidur ni jejaskan cara badan proses dan simpan karbohidrat. Lepastu boleh juga ubah kadar hormon tertentu yang kawal selera makan kita.


  1. Kesihatan jantung

Gangguan tidur yang serius ada kaitan dengan masalah macam tekanan darah tinggi, peningkatan hormon dan degupan jantung yang tak sekata. Jadi kurang tidur ni juga dapat meningkatkan risiko kepada penyakit jantung!


  1. Meningkatkan sistem imun badan

Kalau kita dapat tidur yang cukup, maksudnya badan kita boleh berfungsi dengan baik dan normal. Bila tidur kita terganggu, maka sistem badan kita boleh terjejas termasuk lah sistem imun. Tu yang dapat buat kita lagi senang nak dapat penyakit.


  1. Mengekalkan emosi yang baik

Kalau ikut logik, kita akan jadi lebih senang marah pastu terlebih emo bila mengantuk atau bila tak cukup tidur, kan? Benda ni dah confirm boleh kacau kualiti hari-hari kita so jadi tak best la nak buat kerja kalau tiap hari mood kelaut.



Sekarang dah tau kan betapa pentingnya kesan kalau kita tak jaga tidur ni, jadi sama-sama la kita jaga kualiti tidur kita untuk kehidupan yang lebih baik.






Ulasan

Catatan Popular