Cara Dapatkan Tidur Berkualiti Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Cara Dapatkan Tidur Berkualiti

Pagi-pagi pun rasa mengantuk padahal dah tidur lama? Ha mungkin sebab badan kita tak dapat tidur yang berkualiti, jadi jom kita tengok macam mana cara-cara nak tingkatkan kualiti tidur kita supaya tak rasa lemau pagi pagi.


  1. Set masa tidur dan bangun




Bila kita tetapkan waktu tidur dan waktu bangun yang sama setiap hari, badan kita akan terbiasa dan dapat berfungsi dengan lebih baik! Kita pun senang untuk kira sama ada tidur kita cukup 8 jam ataupun tak setiap hari.

 

  1. Elak minuman berkafein

Minuman berkafein ni boleh buat badan kita jadi aktif pastu boleh jadi kurang mengantuk, jadi elakkan la minum minuman berkafein sebelum tidur ya.


  1. Elakkan atau hadkan tidur waktu petang

Kalau kita tidur siang terlalu lama, sah sah kita akan jadi susah nak mengantuk bila malam kan? Seeloknya kita had kan waktu tidur siang kepada kurang dari 30 minit.


  1. Bersenam secara teratur (aktif pada waktu siang)


Senaman dapat bagi banyak manfaat kat tubuh badan kita termasuk la dapat bagi kita tidur yang lebih berkualiti. Senaman yang jenis sederhana hingga kuat dapat tingkatkan kualiti tidur untuk orang dewasa sebab ia dapat kurangkan waktu yang kita perlukan untuk tidur dan kurangkan jumlah waktu kita terbangun malam-malam. Tapi jangan la pergi bersenam dekat dengan waktu tidur pulak sebab boleh kacau waktu tidur kita nanti. 



  1. 30 minit sebelum tidur: Jangan main gajet

Kalau ikutkan kajian saintifik, ada satu hormon ni nama dia hormon melatonin yang dihasilkan oleh otak bila sampai waktu tidur sebab hormon ini kerja dia bagi signal kat badan kita untuk tidur. Tapi cahaya biru yang terpancar dari gajet boleh kacau pengeluaran melatonin pastu dia buat otak kita keliru.


Cahaya tu boleh merangsang otak sampai buat kita aktif dan tetap berjaga walaupun lepas kita dah tutup telefon. So nanti tak pasal pasal kena ambik lagi banyak masa untuk rasa ngantuk.


  1. Make sure suhu bilik selesa dan tutup lampu

Senang cerita, keadaan bilik yang kondusif supaya badan kita selesa untuk tidur. Benda ni pun boleh jadi penyebab kita tak dapat tidur yang berkualiti.


  1. Jangan makan lewat malam



Makan berat bila lewat malam ni boleh jadi punca ketidakhadaman dengan pedih ulu hati. Kalau dah kena dua benda ni, tak nyenyak la kita tidur. Jadi, kita perlu elak makan atleast satu jam sebelum nak letak kepala di bantal.

  1. Pilih tilam yang selesa

Mungkin ramai tak berapa kisah dengan faktor yang satu ni. Tapi sebenarnya pemilihan tilam ni penting untuk kualiti tidur kita. Tilam yang selesa boleh bagi kita keselesaan berpanjangan semasa tidur supaya boleh la kita tidur dengan lebih lena.


Okay jadi itu la antara cara-cara untuk dapatkan tidur yang lebih berkualiti. Cuba kita check kelapan-lapan perkara tadi, ada tak yang kita kena ubah? Bukan apa, sebab tidur yang berkualiti ni dapat buat kita jadi lebih produktif dan semestinya kita boleh dapat kualiti hidup yang lebih baik. Selamat mencuba!








Ulasan

Catatan Popular