Badan Pensijilan Halal di Australia dan New Zealand yang Diiktiraf Jakim Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

Badan Pensijilan Halal di Australia dan New Zealand yang Diiktiraf Jakim

Alang-alang Malaysia dah bukak 'border' ni jadi mesti ramai yang tengah plan nak travel lepas dah berapa tahun Cuti-cuti Malaysia je, kan? Sambil-sambil buat planning benda apa yang penting untuk dibuat dan dibawa bila melancong nanti, jangan lupa satu benda penting ni. Ha apa dia? Mestilah pasal persediaan nak makan apa kat sana nanti! Kalau tak makan, hilang pulak mood nak berjalan.

Masalahnya, kadang-kadang kita rasa susah nak cari makanan halal masa travel, lagi-lagi kalau pergi negara-negara bukan Islam, kan? Kadang tu nak beli makanan kat supermarket pun rasa was-was sebab bila tengok produk yang ada cop halal pun masih rasa ragu-ragu takut ‘halal ciplak’.

Jadi kali ini kami akan share logo-logo Halal mana yang confirm bukan ciplak untuk negara Australia dengan New Zealand; khas untuk mereka yang nak pergi ke salah satu negara ni nanti. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengiktiraf total 84 badan pensijilan halal kat luar negara dari 46 buah negara. Hebat kan JAKIM? Ini menunjukkan negara-negara kat luar sana sentiasa merujuk Malaysia dalam konteks pensijilan halal sebab Malaysia memenuhi semua kriteria dan standard yang diperlukan antarabangsa. Power Malaysia!


Kita yang dah biasa dengan logo Halal JAKIM ni sepatutnya takde la rasa was-was untuk percaya jugak logo Halal yang dah pun dapat pengiktirafan dari JAKIM. Jom kita tengok macam mana rupa logo-logo tu.


Australia

Australian Halal Authority & Advisers (AHAA)

Perth Mosque Incorporated

Islamic Association of Katanning


Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (SICHMA) 

Halal Certification Authority Australia (HCAA)

Islamic Co-Ordinating Council of Victoria (ICCV)


Australian National Imams Council (ANIC)


New Zealand


Federation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ) 


New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT) 


Jadi ni lah logo-logo Halal yang korang kena cari bila nak cari makanan kat sana nanti.

Semoga bermanfaat.


Kredit: Gambar logo-logo Halal diambil dari Portal Rasmi Halal Malaysia.



Penting cari makanan yang halal termasuklah kalau nak cari supplement kesihatan.


Sacha Inchi Oil GoNature mendapat pengiktirafan halal dari HALVEC & diperkaya dengan Omega 3 dan sebagai pengganti kepada minyak ikan yang lebih baik. Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%). Ia juga mengandungi vitamin A dan E, menjadikannya sumber antioksidan yang bagus.






Ulasan

Catatan Popular