5 Faktor yang Meningkatkan Risiko Kanser Hati Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

5 Faktor yang Meningkatkan Risiko Kanser Hati

Kanser boleh menyerang semua golongan dan tak ada sorang pun yang terkecuali dari mendapat risiko kanser.
Satu statistik dari Pusat Sumber Dan Pendidikan Kanser Universiti Putra Malaysia menunjukkan kira-kira 3 purata kes baru setiap hari untuk kanser kanak-kanak di Malaysia setiap tahun. Tapi kebanyakan punca barah ni tak diketahui dan biasanya faktor penyebab kanser dikalangan kanak-kanak tak sama dengan punca di kalangan orang dewasa.

Walaupun macam tu, kita masih boleh kurangkan risiko untuk dapat kanser dengan ambik tahu faktor-faktor penyumbang kanser.

Dan untuk posting kali ni kami nak kongsi dan fokus pada faktor penyumbang kanser hati.

1. Tembakau; untuk perokok dan juga second-hand smoker

Penggunaan tembakau ni adalah risiko utama untuk dapat kanser hati dan juga kanser kepala & leher.

Banyak kajian dah buktikan yang gabungan di antara tabiat merokok dengan pengambilan alkohol boleh menyebabkan peningkatan yang signifikan untuk dapat kanser hati. 

 

Untuk ibu yang merokok semasa atau sebelum mengandung, anak mereka pulak yang berisiko untuk dapat kanser hati hepatoblastoma. Kesian kan?

 

2. Pengambilan alkohol


Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh jadi punca radang hati dan penyakit hati alkoholik. Penyakit hati alkoholik ni yang boleh menyebabkan sirosis dalam jangka masa panjang dan kesan daripada perubahan patologi ni menyebabkan penghidap lebih berisiko untuk dapat kanser hati.

Senang cerita, kanser hati ni memang selalu dikaitkan dengan pengambilan alkohol.

 

3. Penggunaan steroid anabolik


Mereka yang ambik steroid anabolik; biasanya geng-geng bina badan ni ada risiko untuk dapat kanser hati sebab bahan tu boleh bagi kesan kat organ hati kita sampai boleh sebabkan fungsi hati ni jadi rosak.

Bahaya ye, jadi tak payah la ambik streroid anabolik ni kalau boleh.


4. Kunyah sirih

Masih ada orang yang suka kunyah sirih ke zaman sekarang ni? Kalau masih ada yang suka kunyah sirih ni, meh sini nak bagitau sikit, Panel Perubatan Hello Doktor mengesahkan kunyah sirih ni pun salah satu penyumbang untuk dapat kanser hati. Seeloknya jangan la kunyah sirih, banyak lagi benda lain yang boleh dikunyah.

 

5. Prosedur Imbasan Radiasi

 

Ada kajian yang menunjukkan prosedur imbasan radiasi boleh tingkatkan risiko untuk dapat kanser hati. Pihak MyHealth KKM ada keluarkan info yang risiko kanser ni disebabkan dari sinaran mengion dan ia bergantung jugak dengan jumlah radiasi yang diterima. Takut pulak kan kalau kena buat CT Scan lepas ni. Tapi jangan lah terus tak nak buat CT Scan kalau Dr kata kena buat sebab benda ni tak bermakna kita tak boleh buat prosedur ni langsung.


Doktor biasanya akan guna tahap radiasi serendah mungkin tapi kebiasaannya kalau ikut perbandingan, tahap radiasi dari CT scan ni bersamaan dengan tahap radiasi yang kita dapat secara semula jadi untuk tempoh radiasi selama 8 ke 20 bulan.

Apa apa pun, kita kena la timbangtara kesan baik dengan kesan negatif dari sudut kesihatan kalau ujian imbasan tu tak dijalankan.

 

Memang lah tak ada jaminan seratus peratus untuk kita dapat elakkan diri daripada dapat risiko kanser tapi kan bagus kalau ada usaha daripada tak buat apa-apa langsung. Bak kata orang Melayu; mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi sama sama la kita cuba cegah perkara-perakara yang merisikokan diri kita.







Ulasan

Catatan Popular