3 Cara Mudah Nak Semak Status Halal Makanan Kat Luar Negara! Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Kekal Sihat dengan Mengawasi Pengambilan Makanan

Ramai beranggapan bahawa pengambilan makanan sihat agak sukar terutamanya bagi golongan yang sentiasa sibuk. Justeru ada yang menyangka bahawa mengurangkan pengambilan makanan harian adalah cara diet yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan porsi adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar. Jaga masa makan Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa. Sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif. Begitu juga dengan waktu makan tengah hari dan makan malam. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal ialah pada jam 12 tengah hari

3 Cara Mudah Nak Semak Status Halal Makanan Kat Luar Negara!

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

 

 

Maksudnya:[s/i] “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”. (Surah Al Baqarah, ayat 168)

 

Sebagai orang Islam, kita wajib untuk titik beratkan soal status makanan yang dimakan sebab ia akan beri impak yang besar kat kita seperti mana yang dijelaskan dalam petikan ayat Al-Quran diatas. Sebab tu la, tak kira kat mana kita berada, kita perlu berusaha untuk dapatkan makanan Halal.

 

Info kat bawah ini khas untuk mereka yang tengah plan nak bercuti ke luar negara supaya mudah bila nak cari makanan Halal bila berada kat luar negara nanti!



  1. Cari produk/bahan makanan dan restoran yang ada Logo Halal


Cara paling mudah untuk kita semak status sesuatu bahan atau makanan adalah dengan ambil tahu sama ada produk atau restoran tersebut ada logo atau sijil Halal yang sah ataupun tidak yang hanya boleh dikeluarkan dari pihak berkuasa sahaja.


Sebagai orang Islam, kita dapat tambahkan keyakinan dengan cari makanan yang ada logo atau sijil Halal sebab logo dan sijil Halal yang dikeluarkan tu perlu melepasi prosedur yang ketat. Ini dapat mudahkan kita sebagai pengguna untuk tahu status halal sesuatu produk tanpa perlu buat semakan dengan lebih mendalam. 


  1. Kena biasakan baca komposisi bahan pada label 


Selain daripada bergantung dengan logo ataupun sijil Halal, kita boleh dapatkan info mengenai bahan kandungan sesuatu produk dengan baca komposisi bahan pada label makanan tersebut.


Label makanan biasanya pakai nama saintifik, jadi kita perlu ambil tau serba sedikit nama-nama saintifik bahan terlarang yang biasa digunakan.


  1. Guna aplikasi untuk semak bahan seperti “Scan Halal.”


Kalau nak lagi senang, ada cara lain untuk kita kenalpasti bahan yang ada dalam sesuatu produk. Kita boleh pakai aplikasi semakan bahan. Aplikasi ni dicipta untuk beritahu jenis-jenis bahan yang ada dalam sesuatu produk makanan dan pengguna boleh tau sama ada kandungan produk tersebut dibenarkan untuk orang Islam ataupun tak.


Jadi inilah 3 cara untuk semak status Halal makanan yang sangat berguna bila kita nak cari makanan kat luar negara.

 

Selain nak semak status halal, kita pun boleh beli makanan dari pemilik restoran Muslim atau kedai yang ada pekerja-pekerja Muslim sebab biasanya cara mereka sediakan makanan akan ikut prosedur yang sepatutnya dengan menitikberatkan kebersihan serta menggunakan bahan Halal. Takpun boleh cari makanan laut dan sayur-sayuran sebab jenis bahan makanan ini punya cara penyediaan lebih mudah kalau nak bandingkan dengan makanan berasaskan haiwan yang lain.


Tapi kita perlu juga berhati-hati dengan bahan yang digunakan untuk masak bahan tersebut contohnya macam penggunaan alkohol. Yang penting, kita pilihlah bahan makanan dan minuman yang jauh dari unsur haram untuk elakkan syubhah. Selamat bercuti!


Sacha Inchi Oil Go Nature diperkaya dengan Omega 3 dan sebagai pengganti kepada minyak ikan yang lebih baik. Yang paling penting, tak perlu susah susah nak check kandungan Sacha Inchi sebab ia memang disahkan halal oleh HALVEC-- yang merupakan panel Halal Jakim.





Ulasan

Catatan Popular